13 December 2015

Mega Ride 2015 - Gunung Jerai



Jerai Ride (28-29/11/2015)
Pemandangan Dari Puncak Gunung Jerai

Dah lamo botow tak ride. Nak nulih pun dah tak ghoti ha. Aduiii….. hantam yo lah….

Persediaan…..… ni ride paling susahlah persodiaan eh. Ponek botow, mutu tak siap sampai tarikh ride. Tompi, pilihan terakhir totap ado. Kok tak do mutu ari tu….. jawab eh, naik Shogun Axelo la eden dongan gepren….

Saghi sobolun ride, Jumaat, baru dapek mutu. Tu pun mutu pinjam dari kodai. Mutu yang eden sopatut eh bawak tak siap. Perghhh…. 3 bulan beb bosiap sodio…. Last-last dapek bawak mutu Yamaha FZ150 yang dah nak barai……

Sabtu (28/11/2015)
Eden tojago kol 5.45am. Nak buek cam no. Janji nak rv kek R&R Seremban pukul 6.00am. Ghonti an laaaa…… Siaplah mano yang patut. Kol 6.00am Hail call. Di koba dah sampai kek Shell sobolun toll Senawang. Eden tak dapek nak kobaan… eden suruh yo dio jalan dulu ko R&R Seremban.

Bilo dah siap, FZ plak tak bleh start. Lampu ignition tak nyalo pun. Lopeh dokek 10 menet moncubo, baghu nyalo lampu ignition. Start enjin tros jalan.

Ride kali ni lain sket sobab eden poie satu family. Eden & gepren (Rose) naik Yamaha FZ150 dan anak-anak dan monantu eden naik keto Viva (Viva Riders). Bojimpitlah dioghang dalam keto comel lote tu….. Tapi eden tak risau bona sobab keto tu baghu laie. Enjin, Insyal allah tak do hal. Viva Rider eden dah suruh jalan tros hala utara. Tak perlu ikut rider.

Sobab ado keto yang follow, eden lempar yo baghang-baghang dan beg eden dalam keto. Tak dolah mutu FZ tu ghoman mutu pelarian…..

Sempat sarapan kat sini
Sampai R&R Seremban lobih kughang pukul 7.00am. Roling&Mai (GTS200), Bobe (Atlantic 500) dan Hail&Ain (Vulcan 1700 @ Vulcan 17) sodang minam. Eden tak mati an enjin pun sobab takut tak boleh start. Tros ko Shell isik minyak. Lopeh tu tros jalan. Ado 500km nak ride nih….

Cuaca agak coghah. GTS200, Atlantic 500 dan Vulcan 17 tu, laju yo poie eh kek dopan. Susah FZ nak kojar. Totibo eden nampak dioghang boghonti topi heway. Ghupo eh GTS putuih belting. Adui… baghu 15 menet jalan. Tak do pilihan, tolaklah sampai Bandar Baru Bangi.

Sampai kek kodai mutu seksyen 1 dalam pukul 7.45am. Kodai lon bukak laie wei….. Sompek lepak, minam dan bughak….. kodai lon yo bukak. Totibo Nampak kodai kek Shell tu dah bukak, tros poie situ dan tukar belt GTS.

11.00am baghu siap dan mulo ride balik. Gilo, lewat wei… patut eh maso tu dah sampai Ipoh. Jumpo Erie dan kawan eh (duo-duo Sym Symphony 250i) kek Petronas lopeh Plaza Toll Sg Besi.

Kuda-kuda besi (FZ tak nampak)
Sobab dah lambek bona, somua sotuju yang sogalo perancangan maso dalam pojalanan topakso di kensel. Sekarang kono konsentret untuk sampai kaki Gunung Jerai sobolun golap. Jadi, ride…….

Masuk Jalan Istana, jem pulak. Aduiii……Bilo dah masuk Plus Highway, baghu boleh laju. Tapi totap topakso cilok gak colah keto sobab hari Sabtu memang banyak keto yang halo koluar daghi KL.

Sampai Behrang baghu boghonti. Eden isik minyak sobab dah kughang bona. Gepren eden komplen ponek sobab seat FZ tu seat eh kocik dan footpeg bogogar kuek. Lopeh rehat kojap, tros ride balik. Maso ni Viva dah sampai Ipoh. Eden suruh mereka boghonti kek R&R todokek sobab dah tongahaghi.

Dari Behrang, keadaan jem tambah toghok. Tak bulih nak laju bona. Nasib baik FZ tu haluih, sonang sket nak cilok. Maso ni Vulcan 17, GTS dan Symphony tingga bolakang. Cuaca cun, tapi keto yang banyak tu buek an kito copek ponek. Sosokali topakso membrek emergensi sobab ado keto suko hati yo tukar haluan. Lamo botow ghaso eh ride dari Behrang sampai R&R Sungai Perak.

Sampai R&R Sungai Perak dalam kol 2.00pm. Maso sampai team Viva Rider dah lamo tunggu. Eden caghik air sobab haus bona ghaso eh. Tompi tak larat nak makan. Mungkin sobab ponek dan tension dongan jem sopanjang jalan. Solang 15 minit Vulcan 17, GTS dan Symphony sampai.

Rehatlah kojap, makan tongahaghi dan apo-apo yang patut….

Maso boghonti kek R&R Sungai Perak, eden check minyak itam FZ. Woooowwww….. kering! Kek hujung dipstick pun tak do kosan minyak. Patutlah bunyi eh lain macam. Jadi, sobolun jalan balik eden isik petrol dan isik minyak itam kali. Tu yang eden lambek sket. Yang lain dah bodosup kek dopan, eden masih bosusah-payah ngisik minyak itam. Maso tu dah dokek pukul 3.30pm.

Bilo eden jalan, yang lain dah ilang. Masalah lain plak timbul. Badan eden ponek somacam yo. Tak larat, eden berhenti kek Hentian Sebelah Bukit Gantang. Bilo turun mutu, ghaso cam nak tumbang. Eden rehatlah kojap. Basuh muko dan tros solat asar. Minta doa banyak-banyak moga Allah Taala bagi kekuatan!

Maso eden mulo ride balik, dah hamper 4.30pm. Eden ado 180km laie untuk sampai Tol Gurun. Congak punyo congak, eden agak-agak bulih sampai sekitar 6.45pm. Kok nak sampai time tu, eden kono konsisten kughang-kughang pada kelajuan 90km/j. Untuk lobih soleso, eden ride konsisten, soghang, sekitar 100km/j. Eden tak berani nak push lobih-lobih. Kang kok bungkam FZ tu…… laie susah!

Badan masih ponek, tapi kuek an somangat. Keto banyak tapi tak do masalah ride 100km/h. Sampai sempadan Buttorworth, tu dia wei…… hujan. Pakai baju ujan dan ride balik. Alhamdulillah…. Ini memang botow ujan rahmat. Badan mulo dapek power from the nature. Eden tak banyak soal dah, zaassssss…….

Sekitar, Juru, sekali lagi jem. Eden try la mano yang bulih untuk maintain crusing speed. Dari sini ghaso eh lambek botow nak abihkan jarrah sekitar 60km ke Tol Gurun. Keadaan jalan pulak basah dan kadang-kadang hujan renyai. Sekali-sekali lebat. FZ tu masih bertahan dan tiada apa-apa yang menunjukkan ia botambah tenat. Gepren eden kek bolakang plak, asyik beralih duduk. Kojap kokighi, kojap kokanan. FZ tu bogogar kuek, tu yang copek komatu tuuuu.

Akhir eh sampai jugak kek Toll Gurun. Lopeh exit eden berhenti dan call Roling. Maso tu dah kol 6.45pm. Yang lain dah pun panjek laluan Gunung Jerai. Roling koba dio dah 3km perjalanan ko puncak Gunung Jerai. Sobab dah dokek sonjo, sogham plak bulu tongkuk eden nak panjek sengsoghang. Jadi eden mintak Roling tunggu kek topi jalan.

Dari Toll Gurun, simpang Gunung Jerai dah tak jauh. Kejap je dah sampai.
Gerbang masuk ke resort

Sobolun panjek jalan sempit ke puncak Gunung Jerai tu, hati eden risau. Dapek ko FZ ni sampai ateh?

Tapi, lepas dua atau tigo km, eden lobih konfiden. Clutch gigit cantic, fuel injection FZ tu pun supply minyak cun. Smooth yo panjek jalan yang kadang-kadang cugham botow. Kona patah siku komain banyak. FZ soleso kek gear 1, 2 dan 3 yo. Tak lamo lopeh tu jumpo Roling dongan Mai sodang tunggu eden topi jalan. Legaaaaaaa…..

Dari situ ado 7km laie nak panjek. GTS memang takdo masalahlah. FZ pun, Alhamdulillah, steady. Tapi kono hati-hati sobab selekoh patah kek situ memang patah siku botow. Tambahan pulak, kadang-kadang ado keto datang daghi dopan. Keadaan pulak botambah golap. Tapi, lampu FZ kigho toghang gaklah. Tak do masalah nak ride dalam golap. Sosokali jumpo kabuih, cam kek luar nogagho plak ghaso eh.

Samapi kek puncak, yang lain dah pun check-in. Sumo kudo bosi di berikan parking khas kek dopan sobuah dewan serbaguna. Besh sobab, koghing dan toghang. Tak dolah ghisau nak ningga an kudo bosi, terutamo si Vulcan 17 yang maha sokombut ghogo eh tu.

Pemandangan dari puncak Gunung Jerai
Lopeh dapek kunci, tros poie bilik semasing. Tompi, sumo onam bilik sobaghih yo. Kitoghang dapek bilik kek legheng bukit. Pemandangan dari sini memang cun. Nampak sawah padi kek kaki bukit dan nampak Pulau Dayang Bunting, Langkawi. Tapi malam tu tak Nampak apo sobab kabuih toba.

Masuk yo bilik, biasolah, landing dulu. Ponek oooo. Umur dah nak masuk 5 series ni, stamina dah kughang. Lopeh ilang ponek sket, tros mandi. Pergh…. dapek mandi air paneh…… sodap botow ghaso eh bodan. Cegak balik mato.

Kol 9.00pm kuar poie kafe kek tompek check-in tadi. Makan malam, Roling sponsor. Tompi gepren eden pun ado sponsor, kek sempena ride Gunung Jerai dan sempena harijadi Roling yang akan sampai pada tongah malam, sobab besday dio 29 November.

Kek kafe, makanan lambek la sampai. Sobab maso yang samo gak ado big boss resort tu pun sambut besday. Tompi yang best eh, dio pun hulor kek besday dio kek kami. Dapek la ngaso cheese kek kali. Pihak kafe pun ado sodokah kek dan lopeh tu kumpulan buskers yang buek persembahan, nyanyi an lagu heppy besday untuk Roling. Kigho moghiah lah besday Roling tahun ni.

Kabus waktu malam
Lopeh makan, sembang, bughak relek, balik ko bilik. Tompi kek luar bilik sompek sambung bughak sampai tongah malam. Lopeh tu baghulah masuk bilik. Titun…. pergh.. besh wo udara gunungggg….. Sodar-sodar dah pukul 7.00pagi.

Ahad (29/11/2015)
Maso eden gi sarapan dengan gepren dan family, dah dokek 9.30am. Maso eden asyik bolasah sarapan, yang lain gi meronda sekitar puncak Gunung Jerai tu. Eden tak laratlah. Ponek semalam pun bolun ilang. Kojap laie dah nak ride balik pulak.

Pagi yang indah
Walaupun tak do menu istimewa maso sarapan, tapi syok gak lah sarapan ateh puncak gunung. Lopeh sarapan relek jap. Lopeh tu tros siap untuk ride balik.



Sobolun goghak, cam biasolah, bogambar sakan.

Resort

Ride turun bukan mudah. Jalan curam dan masih basah. Risau gak tapi FZ tu stabil untuk layan selekoh-selekoh tajam tu. Sampai kek satu selekoh, totibo eden tengok sumo eh boghonti. Atlantic mongajuk. Dio tak ondak balik. Agak eh dio jumpo Puteri Gunung Jerai malam tadi tuuuu. Brek eh krem, tu yang si Bobe topakso pakai brek kakiiii………. Tapi taklah isu bosa bonar.
Lepas acara brek kaki....

Tros turun dan berhenti kek sebuah gerai makan. Cadangan nak minam yo, tp sobab lauk dah masak, nasi plak boghasap paneh, apo laie….. makan nasik laaaa….. dah jadi makan tongahari plak dah.

Lopeh makan….zassss…. Eden suruh Viva Rider jalan dulu sobab mereka mesti sangkut nanti kek Juru, Ipoh dan KL. Mereka takkan ikut route makan mee udang yang riders akan ikut.

Lopeh makan, tros ride tapi singgah kodai ejen Sym sebab nak repair brek Atlantic. Tapi tokey kodai koba, tak payah buek apo-apo sobab memang normal brek kengkadang jem maso nurun bukit.

Perjalanan balik ni eden ado misi tersendiri. FZ nyor clutch system dah bunyi cam nak barai maso idling. Sib baik maso jalan dio sonyap. Tapi eden tak konfiden nak ride laju. Jadi, eden koba kek dioghang, kalau nak laju bleh jalan dulu. Eden maintain 90-100km/h yo. Eden mesti bawak FZ tu sampai umah. Kok ghosak tongah heway, tak bebaloi. Destinasi lopeh tu, Kuala Sepetang aka Port Weld. Mee udang wei…..

Bolun jauh jalan, dah kono ujan. Eden dan yang lain pakai baju ujan tapi Roling dan gepren eh, relak yo. Ghodah ujan dongan riding suite yo. Handa…. Water prop……..

Tak jauh dr Tepen, Symphony dan Vulcan 17 dah bodosup dulu. Sampai exit Tepen Utara, sumo eh dah ilang. Eden ngan Sym 200 yo tingga. Kitorang ambik keputusan kuar kek situ. Roling bukak Waze untuk cari jalan.

Memang ado jumpo dalam database Waze. Tompi jalan yang siruruh ikut tu gilo suspen sobab lalu dalam estet. Siap jumpo kuil bosa laie. Lalu bawah heway, nyobonghang sungai, cam Camel Trophy! Sogham gak tongkuk eden tapi Roling cam tau yo jalan tu. Eden ikut yo lah.

Kojap yo dah sampai jalan bosa Kuala Sepetang. Pergh gilo short cut. Roling koba dio dah ponah ikut route tu dulu. Patutlah dio konfiden yo.

Sampai kek Mee Udang Mak Mah kok tak silap eden. Ordalah cam biaso, tapi eden haus, tros carik air kelapo. Abih sebijik, dah konyang. Mee udang pun eden tak makan. Eden sosah udang eh yo. Kigho cam makan udang soup yo lah.

Bunga di puncak Gunug Jerai
Lopeh makan, tros ride balik. Isik minyak kek Tepen, dan zasssss…… heway…. Dari sini Vulcan 17 masuk gear onam. Janji nak berhenti kek Tapah untuk isik minyak dan berkumpul akhir kek Sg Buluh sobolun bopocah dengan Eri dan kawan eh.

Keadaan dah mulo golap. Keto pulak banyak. Tak lamo lopeh tu, kono ujan laie. Lobek wooo….. stretch tu tak do tompek selamat dah berhenti pakai baju ujan. Bilo ado emergency lay by, berhenti untuk pakai baju ujan tapi maso tu dah basah kuyup.

Dari sini, makin susah ride sobab golap dan keto makin banyak. Eden maintain crusing speed dan Vulcan 17 ilang kek dopan. Sampai Tapah berhenti isik minyak dan rehat sobab sojuk. Maso tu Vulcan 17 dah sampai Sungai Buloh. Viva riders pun ado kek Tapah. Sompek jumpo mereka sekejap dan bilo dah solosai minam, suruh merek jalan dulu. Eden sompek lolap an mato kojap kek bawah awning kodai sobolah parking mutu. Lopeh ilang ponek, jalan balik. Symphony 250 dan Sym 200 plak ilang kek dopan.

Eden berhenti kek satu tompek rehat motorsikal sobab nak lughuih an pinggang. Golap, tompek eh cun tapi lampu tak nyalo. Bobe pun berhenti tapi eden suruh dio jalan dulu. Dah tuo-tuo ni, stamina dah kureng. Lopeh dari sini, berhenti sekali lagi kek satu exit yang eden tak ingat namo eh. Sunyi wo kek situ, sogham. Mungkin sobab sojuk, gepren eden nak gi tandas. Maso yang samo eden cek minyak itam FZ. Kurang banyak. Tambah minyak itam bawah suluhan lampu jalan kek exit tu.

Lopeh gi tandas dan isik minyak itam, pusing balik masuk heway dan sambung ride. Maso ni eden solo. Maintain 90-100km/h dan mula perhati enjin FZ yang rasa macam semakin parah. Maso yang samo topakso bogolut dengan kereta yang berderet-deret. Nasib baik juga lampu FZ ni terang. Dapat gak gunakan emergency lane tu dengan agak selamat.

Lamo botow ghaso eh nak sampai Hentian Sebelah Sungai Buluh. Bilo eden sampai, Roling, Bobe dan the two 250’s dah ado kek situ. Erie dongan kawan eh siap sompek buek taik mato laie. Memalam tu ghaso poghut lapar plak. Tengok plak kek kaunter kodai makan tu mi goring baru masak. Pergh…. Sopinggan eden order dan share dongan gepren eden. Dio koba, ghaso mee goring ori. Sodap gak, sambil kono teh tarik satu mug.

Lopeh isik poghut, kojut an si Erie dan kawan eh. Nak mulo an ride, the last stretch. Eden ghaso ado dalam 120km laie nak sampai umah.

Ride dari sini dah kigho boring la sobab jalan ni dah biaso bona lalu. Sumo eh keluar kek toll Jalan Duta. Ambik ke pusat bandar dan tros sampai ke Jalan Istana.

Eden tak boghapo ingat Erie dan kawan eh bopocah kek mano. Tak lamo lopeh tu dah masuk Jalan Sungai Bosi. Memalam dah tak larat nak laju. Minyak pulak memang cukup sampai umah. Jadi, layan yo lah!

Sampai toll Seremban – Labu, Roling dongan Bobe plak keluar. Tingga eden soghang ngalo ko Sonawang.

FZ masih okay, badan yo dah ponek bona. Gepren eden pun dah ponek gak tuh. Mungkin lolap kek bolakang.

Akhir eh, nampak Tol Sonawang, tros keluar. Lobih kurang 2.59am, 30/11/2015, eden mati an enjin FZ kek bawah porch umah eden. Alhamdulillah, manage to bring her home safely!

Maso ni, Viva Riders bolun sampai. Pukul 3.30am baghu diorang sampai.

Selesai Mega Ride 2015. Kalau ada rezeki, ada kesihatan, Insyallah, kami akan ride lagi!
Jumlah batuan perjalanan
#megaride #gunungjerai #jalan-jalan #S2riders #minyakmurah #konvoi

08 July 2013

Power Ride 2

Kitoghang buek kojo gilo laie. Kali ni, kitoghang ride makan tongahaghi ko Kota Bahru. Jumlah jarak pojalanan 1100km.

Yang ganjey eh tu, skuter yang banyak ngikut. 3 G/VTS 200, Elegan, Atlantic dan Blade Takori. Handa-handa skuter ni. Tak sampai sohaghi somalam kami gi balik......

Kalau koghang nak baco pongalaman kitoghang dalam pojalanan, poie sini:
http://poweride2.blogspot.com


27 December 2011

Ride Anak Baung



Ni ride paling lamo eden prepare. Sobulan sobolun tu eden dah gi repair si Blade eden tuh. Tukar tayar, tukar minyak itam, tuning, idup an road tax. Lopeh tu siap testing lagi… poie balik kojo. Bukan apo, Blade eden tu dah masuk aktegori veteran…. Jadi ghisau sket nak jalan jauh…….

Camano bulih topilih tarikh ni, eden pun tak paham. Tarikh ni samo dongan tarikh gi ride Pangkor. Tapi eden tak do hal…. Hantam…………….

24/12/2011
Eden bangun dogheh gak, tapi banyak bona bondo yang nak diusik. Ghantai Balde eden dibasuh eh dek Amir sampai kilat. Gilo weiii… maun monyanyi ghantai ni kang, bilo air dah koghing. Eden boh lah minyak…. Tak tahulah boghapo jauh minyak tu boleh molokek.

Lopeh tu, tank bag yang eden boli tu pulak, tolmapau ponuh. Dah jadi cam wind screen plak kek ateh tank tu…… Kono re-pack baghulah ghondah sket deh. Tali pongikek eh plak dah ghoput…

07:20hr baghu nak start mutu. Sori lah kengkawan yo eden dan gepren lambek plak sket.  Sampai kek R&R Seremban (North Bound) Roling, Bob dan Edzli dah tunggu. Tros……. zassssssss……. Eden ghaso maso tu dah kol lapan lobih dah!

Cuaco pagi tu… perghhh… cam kek Europe. Sojuk, kabuih…… Tompi dalam cuaco cam tu…. ride besh. Sampai kek Serdang…. gedebusahhhhhhh…. Ujan turun. Tompi tak lobek bona. Roling tak boghonti… yang lain pun ikut yo lah. Keto pun tak boghapo banyak soba ari Sabtu.

Dari Serdang, ke Jalan Sg Bosi ke Jalan Lapangan Terbang dan tros masuk Tol Jalan Duta. Tak lamo sampai R&R Sg Buloh. Sumo dah nunggu kecuali si Jan Xtrail. Sani pun ado. Eden ingat dio nak ikut kali, tompi ghupo eh nak flag-off yo. Eden tengok BB, ado plak sms dari member eden (SYM250) ngobaan dio tak dapek ikut.

Tak lamo lopeh tu Jan sokoluargo sampai. Cukup korum dan tros mara ko Esso. Kono isi dulu wooooo…. Anggota kali ni… Blade Takori, Atlantic, Blade 250, SYM200 (4 biji) dan 135 LC…..aaaaa…. lupo plak ado species ganjey satu ari ni… Nissan Xtrail…. dalam ghamai rider/driver tu… ada 2 lagi ganjey… sokali pandang, ghoman eh cam tikuih… tompi duo kali pandang cam tupai lah pulak….2 ekor Sugar Glider. Sojarah ni……tak ponah 4 legged creature ikut dalam ride….. ehmmmmm…. Muahahahaaaaaa…. Sib baik si Fulbber(kucin jantan anak eden) tak ikut kalau tak maun dio bokojaan dongan si Sugar Glider tu……………

Lopeh isi minyak, ride cam biaso, jalan menuju ko Tanjung Malim, memang banyak keto kalau pagi Sabtu. Cilok yo lah mano yang bulih. Walaupun banyak keto tapi tak jem la. Laju yo gemg S2 Rider moncilok.

Sampai toll Tanjung Malim, kuar sobab somasing nak ghaso jalan dalam plak. Maso ni sobona eh poghut pun dah bokoroncong. Dah macam gamelan dah bunyi eh. Tapi jalan ke Slim River tu memang nostalgialah sobab eden ponah duduk Slim River maso awal 90an dulu. Maso tu kojo buek heway.

Lopeh pokan Slim River bagi signal kighi….kodai Mamak beb. Gamelan dah kuek bona dah bunyi eh. Ponuh kodai tu. Cemacamlah yang kami oda….ghuti tolow, ghuti bawang, ghuti tolow tak do bawang. Tompi pirasat eden ngobaan, orda lah nasi lomak, nescayo copek sampai. Tompi ado yo yang tak orda, si Sugar Gliders. Dio ado bawak boka…..ceneke botow!

Firasat oghang tuo-tuo ni solalu botow. Memang nasi lomak sampai dulu. Eden balunlah. Yang lain pueh nunggu sobab Mamak tu kughang kaki tangan. Tompi dapek gak lah akhir eh.

Lopeh montodaghah, ride balik. Jalan dari Slim River ke Bidor ni memang besh. Lughuih dongan kona panjang. Keto pun tak banyak bona sobab oghang yang bojalan jauh ikut hewah. Enjoi lah … cuaca lak memang besh…. Cam tour ride kek Eropah….botow ko tak eden tak tahulah sobab eden pun tak ponah poie sanun….. muahahahaha….. kok tak botow mintak mahap lah yo. Sajo nak nyodap an coghito haaa…

Sampai yo Bidor… aduhaiiiilaaaaaa…. Hujan beb. Sumo eh boghonti. Eden pakai baju ujan. Tompi si Roling dan Bobe tak pakai. Roling tak pakai mungkin sobab dio waterproof, Bobe plak koba dio tak ado baju ujan sobab tak do saiz bilo nak boli. Tak po lah Bobe, sok kito jahit sendighi yo…… muahahahahaaaaa….

Tompi tak lamo doh ujan eh. Maso masuk balik ko heway kek Tapah, ujan dah ghodo dah. Power ride sampai Ipoh. Laju gak kek situ. Sumo eh bodosup. Maso nurun Bukit tempurung tu, perghhh…. moncanak sumo eh. Kek Ipoh pun keto tak boghapo banyak.

Kalau ikut an jadual, memang dah agak lambek. Nak tuju ko Tepen untuk makan tongahaghi kek umah DSP Faisal. Tompi kono isik minyak dulu. Kalau tak kang maun yo botolak si Laici tu. Jadi singgah kek R&R Sungai Perak. Maso tu eden dah toghimo sms dari DSP Faisal sughoh update lokasi.

Dari Sg Perak ko tol Changkat Jering memang tak jauh bona. Sampai yo kek toll, duo bijik kudo putih dah tunggu. Sampai yo si Xtrail, sumo eh tros masuk line.

Gilo beb… tak ponah eden ride ado eskot. Kali ni ghaso cam VVIP yo. Duo polis trafik eskot kitoghang. Jalan clearrrr….. traffic light meghah pun toghuih yo. Keto lain kotopi bogi laluan….Banggoooooo….. (Sani, ghugi botow ekau tak ikuttt!) Moncanak tongah-tongah pokan Tepen. Kok oghang sokali pandang memang tak heghan…..Padan muko mat rempit, koni eskot po’ie balai!.... tompi kok dio observe (muahahaha.. to speaking London plak).. mungkin heghan.. camano plak Mat Rempit ni ghelo yo ngikut. Solalu eh botompiaghan… laghi….. he..he..he….!

Sampai umah DSP Faisal….. lagi tolopong kitoghang. Ado kemah, cam nak kendughi. Masuk umah, perghhhhhh…..nasik beriani, kari ayam, kari daging, sambal bolacan. Cairrrrrrr……. Ghaso nak toghokam.. tompi maluuuu… dok jap borak-borak. Lopeh tuan ghumah ajak 7 kali, baghu sosah….. muahahahahaaaaaa……

Lopeh makan, ado plak yang gata sobut posa dughian. Dah pogawai bopangkat, sotakat dughian ni lolap mato yo lah. Tahu-tahu dah tolonggok dopan mato. Dongan ponuh sopan si Bob Panjang ngupik an sobijik…sobijik…sobijik….. Yang isik kuning oren tu… mangg aaiii… sodap. (Memang ghugi botow ekau tak ikut Sani!)

Lopeh hongeh baghu toghingat, tujuan sobona eh nak gi Tasik Banding. Bogogeh po’ie sembahyang dan prepare nak sambung ride ko destinasi. Lopeh salam-salam dan ucap terima kasih kepada DSP Faisal sekeluarga, kami zasssssss lagiiiii…….

Sobonar eh this was where the adventure really begun (muahaha.. apo posa pulak lidah eden ghaso lain macam yo nihhhh).

Maso kuar dari umah DSP, eden cam konfiden yo leh cari jalan ko Kuala Kangsar. Jalan punyo jalan, tak do satu papan tando pun kek topi jalan. Dah eden moghaban dalam town Tepen tu. Tak jumpo jalan kuar. Ekor pulak putuih. Bilo tengok bolakang, ado Fido, Edzly dan Saiful Laici yo. Yang lain ilang. Caghik jalan kuar dulu lopeh tu baghu kontek yang lain.

Lopeh pueh bolegar, baghu jumpo jalan ko Kuala Kangsar. Tu pun lopeh Edzli tanyo makcik jual goring pisang. Sampai lopeh simpang tol, boghonti kek topi jalan. Tengok ado sms ngobaan mutu Bob Panjang ghusak. Toghuih lepak kek bus stop dokek situ.

Tunggu lamo gak. Dioghang yang toman an Bob, sughoh kami jalan dulu tapi kono tunggu Jan yang nak ikut samo. Dalam pojalanan Jan pulak masuk salah simpang dan tosangkut dalam jem. Bilo mutu Bob dah siap repair dan sampai kek bus stop, Jan masih tak sampai laie.

Bilo Jan sampai, sumo nak goghak. Bobe dongan konfiden sughoh yang lain jalan. Bilo dionak jalan mutu eh plak tak leh start. Maso tu yang lain dah bodosupjauh. Tingga eden dan Fido yo. Muahahahahaha…..

Fido gi carik jumper tompi somontagho tu Bobe gi tanyo brader kek kodai phone soboghang jalan. Sib baik dio ado jumper….. gilo lamo tak pakai beb…. Siap bokaghat dan ponuh dongan pasir. Tompi masih okay dah dapek start Atlantic bilo jumper dongan Blade Takori eden. Lopeh dapek start mutu Bobe, Fido tipon, dio koba, kalau nak pijam jumper kono deposit RM50. Kensel pinjam jumper sobab mutu dah idup. Fido sampai yo… tros jalan. Lain lain dah tunggu kek Petronas sobolun pokan Kuala Kangsar.

Kek Petronas mutu Bobe mati lagi. Tapi kali jumper dioghang dah boli dan jumper plak dari bateri Xtrail. Beghehhhh…………….

Dari Kuala Kangsar, ride kek Gerik. Haghi dah golap tompi sumo laju yo. Lampu sumo toghang. Maso tu ado plak boboghapo mutu lain jang tumpang konvoi.

Sobolun pokan Gerik, isik minyak. Takut stesen minyak seterus eh tutup. Lopeh Gerik ambil simpang ke Kota Bahru. Kek sini jalan mendaki bukit. Selekoh memanjang. Cuaca….sojuk beb, dah macam panjek genting highland plak ghaso eh.

Sampai kek resot dah dokek 23:00hr. Legaaaaaaaa………….

Tompi poghut dah main lagu gamelan balik. Yo tak yo..kuar gaklah poie kek pengkalan. Kodai dah nak tutup. Sib baik dio maun layan, kalau tak maun yo minam air tasik buek aleh poghut….. muahahahaaaa……….. Nasik goring pataya + soup cendawan+ the tarik…… arrgghhhhhh….. nyaman supper ari ni!

Sodang makan tu, totibo ghiuh. Eden ingat kok ado potunjukan badut… ghupo eh ado babi utan datang jenjalan tak jauh dari tompek kitoghang makan tu. Sib baik jauh, kok dokek maun kono molih seko…. buek barbeque….. (botow ko eden ejo ni…).

Lopeh makan toghuih balik bilik. Ponek wei. Titon lah pulak. Capo yang beghajat nak datang sini, memang bulih bona. Bilik eh besh gak lah. Bersih dan baru. Seleso!

25/12/2011
Tojago kol 07:00hr. Toghingat sun rise. Bukak pintu balcony…..aduhaiiii…. cun. Lake view tu beb. Tompi tak do kosan matohaghi toghobit kek arah tu. Tapi lawa gak lah lake view dari bilik.

Lopeh tu lepak balik. Tosodar dah kol sepuloh… muahahaha….. Toghuih bokomeh untuk check out. Mulo cadang nak sarapan, liatttt. Minam kupi pree kek dalam bilik yo lah.

Yang lain dongar koba eh sompek poie pengkalan. Boli ikan baung untuk makan tongahari. Ado yo yang sompek mincing bagai. Dapek ikan ko tidak eden tak tahulah. Eden kalau mancing ni……kuuurrreeennnggggggg….. Dioghang yang bawak pancing….biarlah. Kalau tak dapek ngulor an mato kaie tu dalam tasik kang kok moghobeh lak air mato…..muahahahaaaaa…

Kol 12:00hr eden dah ampai kek loby. Tros soghah kunci. Sompek gi jenjalan ko tingkat 1 bangunan tu. Tengok ado kolam ghonang dan pemandangan cantik kek bolakang resort tu.

Sampai balik level “L”, makan tongahaghi dah sodio. Apo laie…. pulun. Ikan baung masak lomak. Ayam goring dan sambal bolacan. Eden tak toleh kighi kanan sobab pagi tadi tak sarapan.

Perghhhh… pueh hati. Kalau dapek kek eden ikan baung tu…..kasih sket asam limau dan lado api…..aduhaiiiiilaaaaa…. maun sopiuk nasik abih eden kojo an.

Sobolun bertolak balik, sompek kasik minyak sket rantai Blade eden sobab jalan jauh bona, dah jadi tolampau koghing. Sib baik Roling ado bawak minyak itam spare. Eden ghisau gak sobab bunyi rantai tu dah jadi tolampau kuek. Kok putuih… mampuihhh wei…….

Pukul boghapo mulo jalan balik eden tak ingat. Cuaca congah dan kengkadang paneh. Silau gak mato eden kengkadang tuh. Bilo turn yo dari resort tu, eden ko dopan sket. Sajo nak layan jalan tu. Besh gak cam jalan Simpang Pulai – Cameron Highland. Blade pun ikut yo rontak eden. Walau pun naik boduo, well behave gak Blade eden kek kona-kona tu.

Lopeh pueh hati layan…. Eden cruise balik sambil tunggu yang lain. Pejalanan balik ni agak laju. Kojap yo dah samapi Kuala Kangsar. Ado plak cadangan nak naik balik ko Tepen untuk makan mee udang. Aduiiiyaiiii…. Jangan lah wei….. jauh tuuuuuu.

Si Atlantic masih ado masalah. Bilo kek traffic light, enjin cam nak mati bilo idling. Si Bobe topaksolah pujuk dio. Kalau tak kang maun tak sampai umah dibuek eh.

Bilo masuk yo heway, semasing laju yo. Sampai kek R&R Sg Perak, somuo sopakat untuk berenti rehat. Poghut dah mulo lapar balik dah, mutu-mutu pun dah kosong tangki eh.

Eden pusing-pusing carik ABC untuk gepren eden bilo eden tonampak menu menarik Telur Separuh Masak Special. Eden pun oda 2 set. Perghhh… besh gak potang-potang makan telur separuh masak dengan roti bakar. Lopeh tu ghamai pulak yang minat….. dan oda. Patut eh eden dapek kamsin ni sobab tolong promote!

Lopeh minam, gepren eden sompek plak boli asam rojak buah Mak Bee. Lopeh tu eden tros isik minyak. Kalau kigho-kigho eden botow, minyak ni leh bawak sampai Ulu Bernam. Lopeh isik minyak zasssssss……………..

Tak lamo dari situ sampai terowong. Lopeh terowong jalan menurun tapai banyak keto. Keadaan jalan koghing jadi konfiden sket nurun bukit tu sampai Ipoh.

Dari Ipoh, crusing laju botow. Bolun sompek bonapeh dah sampai Tapah. Ikut firasat eden, patut eh berenti kek sini sobab Laici mesti dah nak koghing. Tapi, eden tengok Roling toghuih yo. Eden pun ikutla. Sampai kek layby mano ntah…. Berhenti sbb tunggu yang lain. Tak lamo lopeh tu yang lain sampai. Sib baik si Laici berenti sendiri isik minyak, kalau tak maun botolak untuk sampai ko Ulu Bernam.

Sebaik yo mulo jalan balik, eden tonampak Ferari Meghah. Laju, cilok kiri, cilok kanan. Eden pun cubolah follow dongan Fido. Lamo gak eden ngekor an Ferari ni. Kalau kito bawak mutu, oghang solau kutuk, laju lah, bahayo lah, moncolah tak hengat oghang lah. Ari ni eden perati ghagam pemandu Ferari yang lobih dahsyat. Dio bawak laju, cilok colah keto, ikut keto dopan tak sampai 2 kaki jaghak eh, masuk emergency lane untuk potong keto lain. Eden ghaso, jauh lobih dahsyat dari Mat Rempit tegar kek nogagho kito nih……Jumpo yo jalan clear, zassss…. Toghuih ilang dari pandangan….. muahahahaaaaa…..

Sampai R&R Ulu Bernam, eden tros masuk. Gilo awal sampai sini. Solalu eh sampai sini keadaan dah longang, kali ni tongah oghang ghamai…. hee….. Bilo Tuan Bendahari datang, eden oda mihon kari dan the tarik.

Sobolun botolak balik, salam-salam dongan Saiful Laici. Dio akan kuar awal untuk balik umah kek Shah Alam (kalau tak silap eden laaaa). Yang lain akan tros ke tol Jalan Duta. Dalam pojalan totibo nampak ado yang berenti kek Sg Buloh. Bilo boghonti dio koba mutu eh molotup-lotup cam bunyi moghiam. Muahahahaha…. Eden koba, tak do hal punyo, valve atau kaburator dah mulo tak cun yo!

Sampai Tol Jalan Duta, tingga 7 bijik yo sobab si Saiful dah exit awal. Edzel dan Fido akan kuar ke KL, yang lain akan tros ke Seremban. Eden, Roling dan Bobe akan singgah kek R&R Seremban untuk tukar barang. Edzli dan Bob Panjang akan tros ke Seremban sobab gepren semasing dah ponek bona.

Lopeh basah an tokak, betolak dari Tol Jalan Duta. Lalu Jalan Istana menuju ke Jalan Sg Besi dan tros ke Seremban. Sampai R&R, eden berenti kojap untuk ambil barang dari Bobe. Eden mintak diri dulu, tros menuju SonangWang.

Sampai umah sekitar 00:00hr. Legaaaa….. total mileage kek Blade eden ialah 934km. Tompi kono campur lobih kughang 15km sobab eden lupo set maso mulo an pojalanan. Jadi jumlah perjalan yang dicatit dek si Blade ialah lobih kughang 950km.

Besh ride kali ni. Jauh tapi pueh ati. Gulai lomak baung…. Perghhhh….. Next ride……Penang anyone?

10 July 2011

Ride Pengkalan Balak

09/07/2011 - Ride Pengkalan Balak

Eden daghi pagi dah prepare Novuo untuk ride ni. Tapi gepren eden tak sotuju lak. Dio koba nak naik GTR. ehmmmmm........ GTR pun GTR lahhhh...... tapi kono doa lobih sket lah sobab GTR ni kaki eh pengka...... muahahahaaaaaaaaaa........

Kol 8.40pm eden dah start GTR. Tak soba. Dah lamo botow tak gi ride. Dari SonagWang tros hala ke Precinct dan masuk Seremban Ring Road. Cuaca nampak cun. Harap-harap tak ujan. Kalau ujan sojuk wooooo ride malam niii....

Sampai RV point, si Roling dan Bob Cat dah sampai. Gilo... dioghang ni momanjang sampai dulu yo. Roling dongan Sym eh tu lah. Si Bob Cat... heeee.... naik Elegan. Mang ai... ni kombinasi luar biaso ni. Emmmm..... eden ghisau... takut patah pinggang si Elegan tu kang.... muahahaha.... ampun abg Bob Cat.........

Somontagho nunggu si Edzli dan Bob Panjang, sompek eden bawak gepren naik GTS si Roling. Bukan apo, sajo nak sughuh dio ghaso naik GTS.... heeeeeeee.....

Lamo gak nunggu si Edzli. Tapi yang sampai dulu iolah si Bob Panjang dgn mutu ompek tayar.  Coneke si Bob Panjang ni. Oghang naik open air dio pakai econ.... cissssssss..........

Lopeh tu tros jalan. Dari Petronas ambik jalan Rantau. Jalan tu walaupun jalan kampung tapi banyak gak keto. Si Roling kek dopan... mang aiiii... laju plak. Eden ikut yo lah. GTR mano leh laju bona. CC paling kocik. Topakso full throttle momanjang.

Jalan-jalan kek back road ni eden tak boghapo lancar. Tapi apo do hal. Ikut yo lah. Tapi antara route yang di ikut ialah Lubok China dan Masjid Tanah. Jalan-jalan ni semua cantik dan penuh dengan kona kiri dan kanan. Beshhhh woooooo.....

Lopeh ride dalam 40minit, Roling masuk dan berhenti di Petronas. Kek sini eden isi minyak walaupun baru yo ride. Isik ponuh baghu RM4.40 yo. Tapi tak po. Eden pasti kalau balik kang mesti dah pagi, kalau tangki koghing gholo dek eh sobab tongah malam kobanyakkan stesen minyak tutup woooo..... Hari ni CRV tak ikut..... apo-apo hal dgn GTR... leh nangis wooo.

Sampai area Melaka, ride lobih smooth dan lampu plak toghang. Tapi kalau dgn GTR eden tak ghisau bona sobab reflector light tu walaupun tak putih cam lampu GTS, tapi cukup toghang.

Bolun pueh layan angin malam, dah sampai. Tapi kek Pengkalan Balak bolah Melaka ni ghamai gak oghang. Kodai pun banyak. Tapi sobab dah dokek kol soboleh, ado gak yang dah tutup la. Cari punyo cari, berentilah kek sebuah kodai yang masih bukak. Parking mutu kek topi laut. Sobaghih revers park, ala-ala Harley.. gituuuuu..... Sobab si Bob Panjang bawak mutu ghodo ompek, sumo helmet dan jeket tumpang kek dio.

Sobolun poie kek kodai makan, semasing nak ambik gambar deretan mutu kitoghang tu, tompi tak cantek. Eeleeehhhhh... camera phone.... mano ghoman gamba bona... kalau dalam golap camtu lagilah..... muahahahahaaaaaaaa..... muahahahaaaaaaaaaaaaaaaaa........

Gepren eden dan gepren Roling jadi tukang pilih menu. Ontah apo yang dioghang pilih, eden tak tahu. Tapi, eden nekad, apo yo yang toghidang kang, eden hobin.

Tompi yang eden tak soleso tu, dudok dalam golap kek bawak pokok cheri. Muahahahaaa... tapi poghut dah lapar, golap pun golap lah. Jangan ado cikak tokek toghojun dalam sup, udah. Kang tak pasa-pasa ado yang jadi Tokek Man........

Ikan bakar, sotong, dan sup sayur. Eehhh... lupo plak... nasi putih. Besh gak masakan kek sini. Bolasahhhhhhhhhhhhh..... tapi aghi ni tak oda air jug pulak. Eden tak tunggu lah, toghuih bolasah mano yang patut.

Sodang sodap makan, Bob Panjang dapek panggilan VIP. Panjang lebar dio bobahas dalam talipon. Perghhh.... gilo lamo. Dah macam oghang ilang aka plak si Bob ni... ghisau eden. Lopeh yo acara perbahasan, dio dah heboh nak balik. Ghisau gak eden. Kang kok tolupo ambik helmet kek dio, maun cam 'Bai' kitoghang ride...... (pakai serban..... muahahahaaaaaaaaaaaa)

Abih gak lah duo ghatuih lobih. Kigho balik dalam RM25 sokopalo. Buleh lah.... ponuh tu wei ateh mejo tuh. Gepren eden heboh kek hongheh........... heeeeeeeeee....

Lopeh sumo eh solosai, kitoghang pun ciowww. Pojalanan balik nyaman. Tak laju bona. Tak do lah mongengek GTR eden tu. Tapi eden ghisau gak. Kok dibuek eh moghagam tongah-tongah malam tu... pergghhh.... leh kuar poluh dingin.

Route balik lain. Kali ni ikut arah ke PD. Tapi dari Pengkalan Balak ni ke PD lobih dokek. Tak lamo, dah sampai Pasir Panjang. Maso lalu kek jambatan Sg Linggi, eden nampak ghamai botow oghang mancing. Eden tak kisah pasal mancing tu, yang den ghisau kok ado maso eden lalu tu, yang sodang baling umpan. Silap-siap boleh tosangkut kek mutu wooo.... Kok kono mutu tak po yo. Kok dibuek eh kono batang idung, leh sempong wooo.....

Sampai PD tros singgah kek Bangi Kopitiam. Eden cam biasolah, kopi paneh. Perghhh... beshhhh.

Hongheh tadi lom abih... si Edzli boleh order roti bakar lagi tu. Mang ai..... bosa eh tangki si Edzli ni. Eden tak dayo lah wei. Sotakat kopi socawan boleh la. Kek sini pun cuaca nyaman. Walaupun siang tadi ujan bebeghapo kali, tapi malam ni cun yo. Bulan pun nampak kek langit walaupun tak do lah toghang bondoghang bona.

Solosai minam, tros betolak balik. Jalan lamo yang monuju ko Lukut tu, lebar tapi banyak mainhole cover. Eden tolanggar satu.... perghhh... dio punyo lambung, cam nak toghobang gepren eden kek bolakang. Jangan bengkok rim  GTR eden udah.

Maso momulo tu cadang nak ikut jalan lamo. Tapi bilo sampai simpang heway, si Roling bagi signal kighi ko heway. Eden apo ado hal, ikut yo lah. Masuk heway, sosah maksimumlah. Tapi GTR laju mano bona.He... he... he....

Lopeh toll, sumo eh boghonti. Kek sini salam salamlah sobab lopeh ni Roling dan Edzli akan masuk kiri ko Seremban 2. Bob Cat akan tros ke Jiboi. Eden ko SonangWang. Badan lon ponek lai. Mesen-mesen pun cam sihat yo ghaso eh. Tapi dah nak sampai umah.

Dari Jln Rasah, eden ambik Seremban Ring Road. Kuar kek exit Rembau. Masuk Precinct dah tros ko SonangWang. Sampai umah dokek kol 3 pagi gak laaaaaa....

Eden masih tak pueh ati ni.... lon dapek long distance dgn Nouvo.....ehmmmmm............

19 April 2011

Ride Rembulan

17/04/2011 – Ride Rembulan

Lamo tak ride. Ghaso cam ado yang tak sempurna plak. Tapi, bilo ajak ride, ghamai plak yang tak dapek po’ie. Maklumlah, semasing kojo, ada urusan peribadi dan ado urusan keluarga. No problem…. paham.

Somalam pun samolah. Sobab ni bukan mega ride, perancangan tak lamo. Yang muncul…. heee… eden, Roling dan BobCat…. okaylah tuuuuu…. muahahahaaa….

Kol 8.45am baghu eden sampai kek RV point, Petronas jalan Tampin. Sobab dah lambek, tros gi isik minyak dan……. zassssssssssss…….

Route…. ni kolakar sket lah…. Senawang – Rembau – Tampin – Pilah – Bahau – Muazam – Kuantan…. jauh beb….

Cuaca….. beshhhh….. cerah dan langit biru. Besh yo layan jalan Tampin. Keto plak tak banyak sobab haghi Ahad… mungkin oghang bolun bongka la’ie.

Samapi Tampin tros hala kiri menuju Gemas/Pilah. Lopeh tu ambil kiri lagi menuju Pilah ikut jalan lamo tu. Jalan kek sini dah cantik. Tak banyak lobang tapi ado beberapa tompek banyak pasir kek solekoh. Dalam banyak pasir tu pun Roling dan Bob layan gak sampai berasap ekzos. Eden comeh gak kek satu solekoh tu sobab banyak bona pasir… terovershoot kotongah jalan.

Lopeh simpang Senaling… totibo Bob boghonti. Enjin Atlantic mati. Ghupo eh ado wayar tocabut dan bateri tak charging. Yo tak yo, tolak sampai Pilah. Gilo weiii… Atlantic tu 250kg, mendaki plak tu. Sib baik Roling tak tukar hijau cam Incredible Hulk…… muahahahaaaa mungkin sobab dokek yo dalam 1km yo….. Kek Pilah cari kodai nak cas bateri. Sib baik ado kodai bukak….. arghhhhh… logo.

Tongah lepak nunggu….. totibo si Remi (Perpatih Cycling Community) muncul. Sompek lak borak pasal beskal kojap.

Somontagho nunggu bateri ponuh caj, po’i minam kek gerai, basah’an tokak dan kasik rilek sket muscle kaki yang dah kombang tu. Eden dan Bob pokono lontong. Besh gak lah. Banyak su’un teh Bob. Dah macam jadi gulo-gulo jeli plak ghaso eh. Roling order laksa….eeeeee…. eden pun naik heran. Memang tak abih punnnn….. koturunan eden mano ado yang goma laksa!

Lopeh minam, gi ambik bateri. Bilo pasang yo kek Atlantic, vrooommm… toghuih idup. Sambung ride………… tapi sobolun tu cari jumper cable dulu kek pasaraya sobolun simpang Gontam tuuu. Kok buek hal lagi, leh gak di charge dari GTS atau Elegan.

Patah balik ke pokan sobab nak masuk jalan Sg Duo. Jalan ni pun besh sobab tak banyak keto. Tapi sosokali ado yo keto acik-acik nak kuar boli lauk. Monjajar gaklah kitoghang mongelak eh. Kojap yo dah sampai jalan Juaseh. Kek sini keto berderet. Agak eh oghang kuar nak po’ie pasar gak lah tuuuuu. Potong yo lah satu-satu.

Sampai Bahau, tros masuk simpang ke Kuantan. Tak lamo dah sampai traffic light simpang ompek Serting dan masuk kanan. Sini….. yeeeehhhaaaaaa…. jalan lurus giloo. Eden cubolah nak laju sket dongan Elegan White Poer eden tu. Tapi tak boleh lamo. Temperature naik plak. Jadi, maintain yo 90-110km/h.

Sampai Palong, berenti kek Petronas biaso. Minyak Elegan eden dah tinggal duo takuk yo. Isik kasi penuh. Kali ni berenti kojap yo. Tak sampai pun 10 minit. Roling dan Bob tak isi minyak pun sobab tangki dioghang godang. Banyak la’i minyak eh.

Dari Palong sampai Muazzam, rilek yo. Keto tak do, kona pun tak do. Cam auto cruise yo skuter sumo eh. Cuaca memang cun la, cerah. Sampai Muazzam, berenti kek Shell sobab Atlantic Bob plak nak isi minyak. Eden tak isi minyak, tapi isi perut. Air soya rose dan roti krim….. argghh…. beshhhh….

Dari Muazzam enjoy gak. Smooth ride….. layannnnn. Sampai kek Gambang lampu warning petrol Elegan White Power eden dah mulo lip lap lip lap. Berentilah isik minyak. Maso nilah nampak ado paku kek tayar bolakang Atlantic. Mujor angin eh bolun kuar.. kalau tak mahu jadi incredible hulk si Roling nolak mutu 250kg + rider eh 120kg. Singgah kek kodai mutu yang bukak ari minggu dan kasik tampal itu tayar. Bilo kasik cabut paku tuuu… hahhh panjang weiii… Sambil tu joling-joling gak kalau-kalau ado lokek kek Elegan dan GTS. Alhamdulillah… tak do.

Maso ni dah dokek kol ompek potang. Lewat bonar dah. Banyak togondalo dek masalah mutu. Tapi hati totap ghiang sobab dah sampai Kuantan. Tros ke destinasi, Teluk Cempedak. Memulo tu carik pantai sobolun sampai padang gold tu (Taman Gelora kok tak silap namo ehh). Bilo singgah… eikkk… kurang seleso plak. Gepren eden lagilah tak sotuju. Jadi…. zassss… ke pantai Teluk Cempedak. Sampai situ rider Extreme Sport dah sampai. Ramai gaklah diorang tu.

Dioghang ni lagi besh. Dari Nilai, lalu Pilah. Sampai kek Batu Kikir tolupo nak masuk simpang ke Kuantan. Tros lalu Mancis dan Karak. Perghhh… satu pusingan ‘U’ yang teramat bosa untuk sampai ke Kuantan….. heeeeeeee……..

Kek Teluk Cempedak… cam biasolah…… makan tengahari. Nasik kuah dan sayur dengan pari bakar dan ikan…. ontahlah lupo plak namo eh + sup cendawan. Air fresh oren. Memulo soghang order sogoleh yo… tak cukup plak… tros order satu jug. Honghehhhh…

Pukul onam sotongah ghaso eh baghu nak betolak balik… gilo lambek woooo… Sobab tu tros setuju ikut heway pantai timur. Bukan apo, jalan Muazam – Bahau – Pilah tu takut golap bona.

Masuk yo heway… eden cubo maintain 100km/h. Temperature naik gak 2 bar. Tapi bulehlah sobab dah sojuk sket. Totibo tongah jalan tu nampak plak sunset cun…. berentiiiii… ambik gambar duo tigo koping…. heeeeeee… otibo so Roling tunjuk ko aghan bolakang….. perghhhhh…. lobih ngancam. Bulan tongah toghobit. Lawa woooo…. Snap gak boboghapo kali tapi tak cukup zoom…. standard kit lense memang tak leh nak buek apo laaa….

Sampai satu RNR tu (Temerloh lah ghaso eh…. heeeee) berenti. Topup minyak. Kek heway ni kalau koghing kang susah.

Bilo jalan balik, dah malam, tapi toghang beb sobab bulan ponuh. Eden siap tutup lampu lagi…. kasik jimat elektrik….. muahahahaaaaaaaaa……….. Masih boleh cruise 100km/j dengan tak pasang lampu tongah-tongah malam……. heeeeeeeeeeeeee……

Tak do apo nak coghitolah kek heway ni. Walaupun ado keto tapi takdolah banyak cam heway Seremban-KL. Sampai kek Genting Sepah, berenti makan malam. Memang dah kono maso eh… sobab dah mulo ponek. Eden pokono kueh teow mandarin…. besh gak bilo dah campur kicap sambal. Yang lobih besh… kopi halia bara…. membara bebbbb…. tros tak ngantuk.

Lopeh genting sepah…. woooo… ni epik ride wooo…. si Atlantic dan GTS puluuuunnnn…. eden tak do choice molainkan full throttle. Moncanak Elegan sampai 120-125km/h. Macam nak barai enjin Elegan White Power eden tu. Tapi enjoy gak…. bolasah Karak Heway memalam. GTS dan Atlantic jauh kek dopan laaa… Dioghang mutu baghu…. memang lajuuuuu…

Lopeh Toll Gombak… masuk kiri… MRR2. Bolasah lagi….. mang aiii… gilo hapo budak duo ekor niii….. Eden nak wek cam no…. topakso layan gak lah sampai Sg Bosi. Kek sini eden tengok minyak eden masih ado 2 bar. Tapi bilo jalan yo, bolun sampai Bangi dah nyalo lampu kining. Aduhaiiii…. eden topaksolah polahan untuk nyampai an ko R&R Seremban (Petronas). Slow yo… 80km/h…. muahahahaaaaaa……

Sampai Petronas isik minyak. Gepren eden dah heboh ponek bona. Jadi, salam salaman dgn si Bob dan Roling dan tros minta diri.

Samapi umah dah 11.45pm. Lega….. sopanjang jalan cuaca memang cun gilerrrr. Cerah tapi tak do lah paneh bona. Enjoy….. memang enjoy. Cumo eden topakso lobih ati-ati sobab sentiasa joling meta Elegan eden yang kengkadang naik baran.

Tengok meta pojalanan, 663km.

Next ride…. mega ride kot… S2 rider team yang arrange ni….