Jerai Ride (28-29/11/2015)
Pemandangan Dari Puncak Gunung Jerai |
Dah lamo botow tak ride. Nak nulih pun dah tak ghoti ha.
Aduiii….. hantam yo lah….
Persediaan…..… ni ride paling susahlah persodiaan eh. Ponek
botow, mutu tak siap sampai tarikh ride. Tompi, pilihan terakhir totap ado. Kok
tak do mutu ari tu….. jawab eh, naik Shogun Axelo la eden dongan gepren….
Saghi sobolun ride, Jumaat, baru dapek mutu. Tu pun mutu
pinjam dari kodai. Mutu yang eden sopatut eh bawak tak siap. Perghhh…. 3 bulan
beb bosiap sodio…. Last-last dapek bawak mutu Yamaha FZ150 yang dah nak barai……
Sabtu (28/11/2015)
Eden tojago kol 5.45am. Nak buek cam no. Janji nak rv kek
R&R Seremban pukul 6.00am. Ghonti an laaaa…… Siaplah mano yang patut. Kol
6.00am Hail call. Di koba dah sampai kek Shell sobolun toll Senawang. Eden tak
dapek nak kobaan… eden suruh yo dio jalan dulu ko R&R Seremban.
Bilo dah siap, FZ plak tak bleh start. Lampu ignition tak
nyalo pun. Lopeh dokek 10 menet moncubo, baghu nyalo lampu ignition. Start
enjin tros jalan.
Ride kali ni lain sket sobab eden poie satu family. Eden & gepren (Rose) naik Yamaha FZ150 dan anak-anak
dan monantu eden naik keto Viva (Viva Riders). Bojimpitlah dioghang dalam keto
comel lote tu….. Tapi eden tak risau bona sobab keto tu baghu laie. Enjin,
Insyal allah tak do hal. Viva Rider eden dah suruh jalan tros hala utara. Tak
perlu ikut rider.
Sobab ado keto yang follow, eden lempar yo baghang-baghang
dan beg eden dalam keto. Tak dolah mutu FZ tu ghoman mutu pelarian…..
Sempat sarapan kat sini |
Sampai R&R Seremban lobih kughang pukul 7.00am. Roling&Mai
(GTS200), Bobe (Atlantic 500) dan Hail&Ain (Vulcan 1700 @ Vulcan 17) sodang
minam. Eden tak mati an enjin pun sobab takut tak boleh start. Tros ko Shell
isik minyak. Lopeh tu tros jalan. Ado 500km nak ride nih….
Cuaca agak coghah. GTS200, Atlantic 500 dan Vulcan 17 tu,
laju yo poie eh kek dopan. Susah FZ nak kojar. Totibo eden nampak dioghang
boghonti topi heway. Ghupo eh GTS putuih belting. Adui… baghu 15 menet jalan.
Tak do pilihan, tolaklah sampai Bandar Baru Bangi.
Sampai kek kodai mutu seksyen 1 dalam pukul 7.45am. Kodai
lon bukak laie wei….. Sompek lepak, minam dan bughak….. kodai lon yo bukak.
Totibo Nampak kodai kek Shell tu dah bukak, tros poie situ dan tukar belt GTS.
11.00am baghu siap dan mulo ride balik. Gilo, lewat wei…
patut eh maso tu dah sampai Ipoh. Jumpo Erie dan kawan eh (duo-duo Sym Symphony
250i) kek Petronas lopeh Plaza Toll Sg Besi.
Kuda-kuda besi (FZ tak nampak) |
Sobab dah lambek bona, somua sotuju yang sogalo perancangan
maso dalam pojalanan topakso di kensel. Sekarang kono konsentret untuk sampai
kaki Gunung Jerai sobolun golap. Jadi, ride…….
Masuk Jalan Istana, jem pulak. Aduiii……Bilo dah masuk Plus
Highway, baghu boleh laju. Tapi totap topakso cilok gak colah keto sobab hari
Sabtu memang banyak keto yang halo koluar daghi KL.
Sampai Behrang baghu boghonti. Eden isik minyak sobab dah
kughang bona. Gepren eden komplen ponek sobab seat FZ tu seat eh kocik dan
footpeg bogogar kuek. Lopeh rehat kojap, tros ride balik. Maso ni Viva dah
sampai Ipoh. Eden suruh mereka boghonti kek R&R todokek sobab dah
tongahaghi.
Dari Behrang, keadaan jem tambah toghok. Tak bulih nak laju
bona. Nasib baik FZ tu haluih, sonang sket nak cilok. Maso ni Vulcan 17, GTS
dan Symphony tingga bolakang. Cuaca cun, tapi keto yang banyak tu buek an kito
copek ponek. Sosokali topakso membrek emergensi sobab ado keto suko hati yo
tukar haluan. Lamo botow ghaso eh ride dari Behrang sampai R&R Sungai
Perak.
Sampai R&R Sungai Perak dalam kol 2.00pm. Maso sampai
team Viva Rider dah lamo tunggu. Eden caghik air sobab haus bona ghaso eh.
Tompi tak larat nak makan. Mungkin sobab ponek dan tension dongan jem sopanjang
jalan. Solang 15 minit Vulcan 17, GTS dan Symphony sampai.
Rehatlah kojap, makan tongahaghi dan apo-apo yang patut….
Maso boghonti kek R&R Sungai Perak, eden check minyak
itam FZ. Woooowwww….. kering! Kek hujung dipstick pun tak do kosan minyak.
Patutlah bunyi eh lain macam. Jadi, sobolun jalan balik eden isik petrol dan
isik minyak itam kali. Tu yang eden lambek sket. Yang lain dah bodosup kek
dopan, eden masih bosusah-payah ngisik minyak itam. Maso tu dah dokek pukul
3.30pm.
Bilo eden jalan, yang lain dah ilang. Masalah lain plak
timbul. Badan eden ponek somacam yo. Tak larat, eden berhenti kek Hentian
Sebelah Bukit Gantang. Bilo turun mutu, ghaso cam nak tumbang. Eden rehatlah
kojap. Basuh muko dan tros solat asar. Minta doa banyak-banyak moga Allah Taala
bagi kekuatan!
Maso eden mulo ride balik, dah hamper 4.30pm. Eden ado 180km
laie untuk sampai Tol Gurun. Congak punyo congak, eden agak-agak bulih sampai
sekitar 6.45pm. Kok nak sampai time tu, eden kono konsisten kughang-kughang
pada kelajuan 90km/j. Untuk lobih soleso, eden ride konsisten, soghang, sekitar
100km/j. Eden tak berani nak push lobih-lobih. Kang kok bungkam FZ tu…… laie
susah!
Badan masih ponek, tapi kuek an somangat. Keto banyak tapi
tak do masalah ride 100km/h. Sampai sempadan Buttorworth, tu dia wei…… hujan.
Pakai baju ujan dan ride balik. Alhamdulillah…. Ini memang botow ujan rahmat.
Badan mulo dapek power from the nature. Eden tak banyak soal dah, zaassssss…….
Sekitar, Juru, sekali lagi jem. Eden try la mano yang bulih
untuk maintain crusing speed. Dari sini ghaso eh lambek botow nak abihkan
jarrah sekitar 60km ke Tol Gurun. Keadaan jalan pulak basah dan kadang-kadang
hujan renyai. Sekali-sekali lebat. FZ tu masih bertahan dan tiada apa-apa yang
menunjukkan ia botambah tenat. Gepren eden kek bolakang plak, asyik beralih
duduk. Kojap kokighi, kojap kokanan. FZ tu bogogar kuek, tu yang copek komatu
tuuuu.
Akhir eh sampai jugak kek Toll Gurun. Lopeh exit eden
berhenti dan call Roling. Maso tu dah kol 6.45pm. Yang lain dah pun panjek
laluan Gunung Jerai. Roling koba dio dah 3km perjalanan ko puncak Gunung Jerai.
Sobab dah dokek sonjo, sogham plak bulu tongkuk eden nak panjek sengsoghang.
Jadi eden mintak Roling tunggu kek topi jalan.
Dari Toll Gurun, simpang Gunung Jerai dah tak jauh. Kejap je
dah sampai.
Gerbang masuk ke resort |
Sobolun panjek jalan sempit ke puncak Gunung Jerai tu, hati
eden risau. Dapek ko FZ ni sampai ateh?
Tapi, lepas dua atau tigo km, eden lobih konfiden. Clutch
gigit cantic, fuel injection FZ tu pun supply minyak cun. Smooth yo panjek
jalan yang kadang-kadang cugham botow. Kona patah siku komain banyak. FZ soleso
kek gear 1, 2 dan 3 yo. Tak lamo lopeh tu jumpo Roling dongan Mai sodang tunggu
eden topi jalan. Legaaaaaaa…..
Dari situ ado 7km laie nak panjek. GTS memang takdo
masalahlah. FZ pun, Alhamdulillah, steady. Tapi kono hati-hati sobab selekoh
patah kek situ memang patah siku botow. Tambahan pulak, kadang-kadang ado keto
datang daghi dopan. Keadaan pulak botambah golap. Tapi, lampu FZ kigho toghang
gaklah. Tak do masalah nak ride dalam golap. Sosokali jumpo kabuih, cam kek
luar nogagho plak ghaso eh.
Samapi kek puncak, yang lain dah pun check-in. Sumo kudo
bosi di berikan parking khas kek dopan sobuah dewan serbaguna. Besh sobab,
koghing dan toghang. Tak dolah ghisau nak ningga an kudo bosi, terutamo si
Vulcan 17 yang maha sokombut ghogo eh tu.
Pemandangan dari puncak Gunung Jerai |
Lopeh dapek kunci, tros poie bilik semasing. Tompi, sumo
onam bilik sobaghih yo. Kitoghang dapek bilik kek legheng bukit. Pemandangan
dari sini memang cun. Nampak sawah padi kek kaki bukit dan nampak Pulau Dayang
Bunting, Langkawi. Tapi malam tu tak Nampak apo sobab kabuih toba.
Masuk yo bilik, biasolah, landing dulu. Ponek oooo. Umur dah
nak masuk 5 series ni, stamina dah kughang. Lopeh ilang ponek sket, tros mandi.
Pergh…. dapek mandi air paneh…… sodap botow ghaso eh bodan. Cegak balik mato.
Kol 9.00pm kuar poie kafe kek tompek check-in tadi. Makan
malam, Roling sponsor. Tompi gepren eden pun ado sponsor, kek sempena ride
Gunung Jerai dan sempena harijadi Roling yang akan sampai pada tongah malam,
sobab besday dio 29 November.
Kek kafe, makanan lambek la sampai. Sobab maso yang samo gak
ado big boss resort tu pun sambut besday. Tompi yang best eh, dio pun hulor kek
besday dio kek kami. Dapek la ngaso cheese kek kali. Pihak kafe pun ado sodokah
kek dan lopeh tu kumpulan buskers yang buek persembahan, nyanyi an lagu heppy
besday untuk Roling. Kigho moghiah lah besday Roling tahun ni.
Kabus waktu malam |
Lopeh makan, sembang, bughak relek, balik ko bilik. Tompi
kek luar bilik sompek sambung bughak sampai tongah malam. Lopeh tu baghulah
masuk bilik. Titun…. pergh.. besh wo udara gunungggg….. Sodar-sodar dah pukul
7.00pagi.
Ahad (29/11/2015)
Maso eden gi sarapan dengan gepren dan family, dah dokek
9.30am. Maso eden asyik bolasah sarapan, yang lain gi meronda sekitar puncak
Gunung Jerai tu. Eden tak laratlah. Ponek semalam pun bolun ilang. Kojap laie
dah nak ride balik pulak.
Pagi yang indah |
Walaupun tak do menu istimewa maso sarapan, tapi syok gak
lah sarapan ateh puncak gunung. Lopeh sarapan relek jap. Lopeh tu tros siap
untuk ride balik.
Sobolun goghak, cam biasolah, bogambar sakan.
Resort |
Ride turun bukan mudah. Jalan curam dan masih basah. Risau
gak tapi FZ tu stabil untuk layan selekoh-selekoh tajam tu. Sampai kek satu
selekoh, totibo eden tengok sumo eh boghonti. Atlantic mongajuk. Dio tak ondak
balik. Agak eh dio jumpo Puteri Gunung Jerai malam tadi tuuuu. Brek eh krem, tu
yang si Bobe topakso pakai brek kakiiii………. Tapi taklah isu bosa bonar.
Lepas acara brek kaki.... |
Tros
turun dan berhenti kek sebuah gerai makan. Cadangan nak minam yo, tp sobab lauk
dah masak, nasi plak boghasap paneh, apo laie….. makan nasik laaaa….. dah jadi
makan tongahari plak dah.
Lopeh makan….zassss…. Eden suruh Viva Rider jalan dulu sobab
mereka mesti sangkut nanti kek Juru, Ipoh dan KL. Mereka takkan ikut route
makan mee udang yang riders akan ikut.
Lopeh makan, tros ride tapi singgah kodai ejen Sym sebab nak
repair brek Atlantic. Tapi tokey kodai koba, tak payah buek apo-apo sobab
memang normal brek kengkadang jem maso nurun bukit.
Perjalanan balik ni eden ado misi tersendiri. FZ nyor clutch
system dah bunyi cam nak barai maso idling. Sib baik maso jalan dio sonyap.
Tapi eden tak konfiden nak ride laju. Jadi, eden koba kek dioghang, kalau nak
laju bleh jalan dulu. Eden maintain 90-100km/h yo. Eden mesti bawak FZ tu
sampai umah. Kok ghosak tongah heway, tak bebaloi. Destinasi lopeh tu, Kuala
Sepetang aka Port Weld. Mee udang wei…..
Bolun jauh jalan, dah kono ujan. Eden dan yang lain pakai
baju ujan tapi Roling dan gepren eh, relak yo. Ghodah ujan dongan riding suite
yo. Handa…. Water prop……..
Tak jauh dr Tepen, Symphony dan Vulcan 17 dah bodosup dulu.
Sampai exit Tepen Utara, sumo eh dah ilang. Eden ngan Sym 200 yo tingga.
Kitorang ambik keputusan kuar kek situ. Roling bukak Waze untuk cari jalan.
Memang ado jumpo dalam database Waze. Tompi jalan yang
siruruh ikut tu gilo suspen sobab lalu dalam estet. Siap jumpo kuil bosa laie. Lalu
bawah heway, nyobonghang sungai, cam Camel Trophy! Sogham gak tongkuk eden tapi
Roling cam tau yo jalan tu. Eden ikut yo lah.
Kojap yo dah sampai jalan bosa Kuala Sepetang. Pergh gilo
short cut. Roling koba dio dah ponah ikut route tu dulu. Patutlah dio konfiden
yo.
Sampai kek Mee Udang Mak Mah kok tak silap eden. Ordalah cam
biaso, tapi eden haus, tros carik air kelapo. Abih sebijik, dah konyang. Mee
udang pun eden tak makan. Eden sosah udang eh yo. Kigho cam makan udang soup yo
lah.
Bunga di puncak Gunug Jerai |
Lopeh makan, tros ride balik. Isik minyak kek Tepen, dan
zasssss…… heway…. Dari sini Vulcan 17 masuk gear onam. Janji nak berhenti kek
Tapah untuk isik minyak dan berkumpul akhir kek Sg Buluh sobolun bopocah dengan
Eri dan kawan eh.
Keadaan dah mulo golap. Keto pulak banyak. Tak lamo lopeh
tu, kono ujan laie. Lobek wooo….. stretch tu tak do tompek selamat dah berhenti
pakai baju ujan. Bilo ado emergency lay by, berhenti untuk pakai baju ujan tapi
maso tu dah basah kuyup.
Dari sini, makin susah ride sobab golap dan keto makin
banyak. Eden maintain crusing speed dan Vulcan 17 ilang kek dopan. Sampai Tapah
berhenti isik minyak dan rehat sobab sojuk. Maso tu Vulcan 17 dah sampai Sungai
Buloh. Viva riders pun ado kek Tapah. Sompek jumpo mereka sekejap dan bilo dah
solosai minam, suruh merek jalan dulu. Eden sompek lolap an mato kojap kek bawah
awning kodai sobolah parking mutu. Lopeh ilang ponek, jalan balik. Symphony 250
dan Sym 200 plak ilang kek dopan.
Eden berhenti kek satu tompek rehat motorsikal sobab nak
lughuih an pinggang. Golap, tompek eh cun tapi lampu tak nyalo. Bobe pun
berhenti tapi eden suruh dio jalan dulu. Dah tuo-tuo ni, stamina dah kureng.
Lopeh dari sini, berhenti sekali lagi kek satu exit yang eden tak ingat namo
eh. Sunyi wo kek situ, sogham. Mungkin sobab sojuk, gepren eden nak gi tandas.
Maso yang samo eden cek minyak itam FZ. Kurang banyak. Tambah minyak itam bawah
suluhan lampu jalan kek exit tu.
Lopeh gi tandas dan isik minyak itam, pusing balik masuk
heway dan sambung ride. Maso ni eden solo. Maintain 90-100km/h dan mula perhati
enjin FZ yang rasa macam semakin parah. Maso yang samo topakso bogolut dengan
kereta yang berderet-deret. Nasib baik juga lampu FZ ni terang. Dapat gak
gunakan emergency lane tu dengan agak selamat.
Lamo botow ghaso eh nak sampai Hentian Sebelah Sungai Buluh.
Bilo eden sampai, Roling, Bobe dan the two 250’s dah ado kek situ. Erie dongan
kawan eh siap sompek buek taik mato laie. Memalam tu ghaso poghut lapar plak.
Tengok plak kek kaunter kodai makan tu mi goring baru masak. Pergh…. Sopinggan eden
order dan share dongan gepren eden. Dio koba, ghaso mee goring ori. Sodap gak, sambil
kono teh tarik satu mug.
Lopeh isik poghut, kojut an si Erie dan kawan eh. Nak mulo
an ride, the last stretch. Eden ghaso ado dalam 120km laie nak sampai umah.
Ride dari sini dah kigho boring la sobab jalan ni dah biaso
bona lalu. Sumo eh keluar kek toll Jalan Duta. Ambik ke pusat bandar dan tros
sampai ke Jalan Istana.
Eden tak boghapo ingat Erie dan kawan eh bopocah kek mano.
Tak lamo lopeh tu dah masuk Jalan Sungai Bosi. Memalam dah tak larat nak laju.
Minyak pulak memang cukup sampai umah. Jadi, layan yo lah!
Sampai toll Seremban – Labu, Roling dongan Bobe plak keluar.
Tingga eden soghang ngalo ko Sonawang.
FZ masih okay, badan yo dah ponek bona. Gepren eden pun dah
ponek gak tuh. Mungkin lolap kek bolakang.
Akhir eh, nampak Tol Sonawang, tros keluar. Lobih kurang
2.59am, 30/11/2015, eden mati an enjin FZ kek bawah porch umah eden.
Alhamdulillah, manage to bring her home safely!
Maso ni, Viva Riders bolun sampai. Pukul 3.30am baghu
diorang sampai.
Selesai Mega Ride 2015. Kalau ada rezeki, ada kesihatan,
Insyallah, kami akan ride lagi!
Jumlah batuan perjalanan |
#megaride #gunungjerai #jalan-jalan #S2riders #minyakmurah #konvoi
3 comments:
Well Done Abg Udin. Nanti jom kito plan poie ride sekali...pokono telur belangkas ket Tg Langsat. Dah lamo tak ride ngan abg Udin....
Moh.. moh... tahun ni nyo megaride bolom plan......
Power ride... maun ko? Hahahahaha....
Moh.. moh... tahun ni nyo megaride bolom plan......
Power ride... maun ko? Hahahahaha....
Post a Comment