20 April 2016

Iron 883



Iron 883

Kalau dah namo eh rider, impian nak boli Harley Davidson totap ado. Eden pun cam tu yo. Yolah… mutu tu kigho mutu paling glemer la. Tengok ghoman eh pun dah gamam. Bosa, boghek, bokilat………. Tu yang kengkadang ghajin poie website Harley ni. Bukan apo, nak ngikut perkembangan terbaru.

Satu ari tu eden gi website. Ado plak section ngobaan bulih test ride. Tak do plak syarat yang polik-polik. Eden pun booking lah. Dapek ari Komeih 14/04/2016 kol 10.30 pagi. Pergh… tarikh pun cun tu.

Hari Komeih tu, nak buek coghito, eden dongan somangat bokobar-kobar nak poie test ride. Sampai yo kek skuter eden, laaa…. Tayar pancit plak. Oghang dah bohiyo-hiyo, maso tu lah pulak mutu nak buek ghagam.

Sib baik ado sket laie angin eh. Dapek la ride slow-slow ko kodai mutu. Tapi popagi tu mano ado kodai bukak. Sampai kek satu kodai mutu tak jauh daghi umah, jumpo tokeh eh yang baghu nak bukak pintu. Dio koba “Tunggu jap Bang, nak gi minum….”

Dah kodai lon bukak, nak buek camno? Eden pun duduk lah kek kodai Mamak pokono teh tarik dongan ghuti canai. Kol 9.40am baghu kodai tu bukak. Eden topakso tukar tayar sobab dah licin dan bungo makan tongah. Tukar air valve kali sobab valve ori tu dah macam tak cun.

Pukul sopuloh lobih baghu eden gerak ko PJ. Eden mesej mereka, koba eden sampai 11.30am. Dongan tayar baghu, skuter eden jadi sodap plak bawak. Smooth dan tak molenggok-lenggok cam sobolun ni. Sampai PJ, satu laie hal. Eden tak ponah poie NAZA World ni. Sosek baghek dibuek eh. Tapi sampai gak lah. Tapi sekso la torutamo kek jalan mutu kek Federal Highway tu. Jalan sompit dan tak rata. Dalam terowong lampu tak toghang….. pergh…. kalau kono kek HSE team, maun bolambak NCR kuar…

Sampai NAZA, jumpo satu salesperson. Eden citolah eden datang nak test ride. Dio ambik lessen dan eden isi borang. Lopeh tu tu di bogi eh kunci Iron 883. Bukan kunci pun tapi cam remote keto, system penggera Iron tu. Masuk an dalam poket, ON kan swis engine…. Start….

Besh bunyi Iron tu, bodontum lombut. Ekzos standard beb. Salesperson tu koba tak payah pakai helmet. Haaaaa…… mano bulih. Dio koba, tak po, dalam kompoun NAZA World yo.

Aduiiii…. Takkan nak bawak Iron 883cc kek laman yo. Apo nak dikato, mutu oghang kan. Diboghi eh cubo dah kigho baik. Eden pun pusing-pusing lah kek koliling bangunan tu. Ehmm…. Tak do apo nak komen la. Yg dapek donga bunyi valve enjin Iron tu, bokoteter. Lopeh tu bunyi maso masuk gear, bokolatuk. Lopeh tigo ompek pusingan, lotak balik Iron tu kek bawah owning.

Eden bughak-bubhak dongan Mamat tu kojap. Dio bagi quotation. Pergh…. Ghogo eh OTR 93K…. mano nak cokau an duit nih…… muahahaha….

Eden pun blah. Tapi Nampak plak seksyen NAZA Primera, jual skuter Vespa Piaggio. Eden masuklah. Salesperson kek sini lobih ghajin bocoloteh. Seronok eden layan. Dapek sket ilmu pasal Vespa baghu model-model LX, Primavera dan lelain. Dioghang explain sket bab teknikal skut Jerman ni. Memang unik. Tapi bilo tengok rege, pergh…. Sayu ghaso eh. Part pun mahal. Belt sampai dua ratus lebih.

Kol 1pm baghu eden blah.
Nak jadi an coghito, hari Jumaat eden toghimo email dari Harley Davidson. Dio ucap tahniah sobab eden dah test ride. Dio suruh eden coghito sket pasal pongalaman eden test ride. Ehmmmm…. Eden pon apo lai. Kuarlah tajuk bosa…. Not Satisfied… muahahaha…..

Coghito jadi tambah panjang bilo ari Senin eden toghimo call dari Harley KL. Dio mintak eden datang ari Selasa 11.00am untuk test ride sokali laie. Adui….. eden ON yo.

Ni coghito ari Solasa plak….

Eden sampai NAZA kol 11am topat. Masuk yo pinto showroom, ado orang togur eden…. En Hashim ye… Alamak, salah orang ke? Eden koba namo eden Hisham. Dio konfem balik, tanyo eden datang nak test ride kan? Bos eh suruh bawak eden test ride koluar. Pergh… seronok ado, banggo pun ado….. disambut cam tu.

Cam biaso, dio ambik lessen. Tapi hari ni eden kono sain boring gerenti, kalau eden ghusak an mutu tu, eden kono bayar. What the hell…. Ko ingat sonang nak dapek ride Iron 883…..FREE….. Sainnnnnnnn….

Cam ari Komeih gak. Dio bagi eden remote tapi kali ni dio bogi road tax kali. Eden simpan dalam poket…… ON swis enjin dan tokan butang start….. pedup… pedup… pedup… bunyi enjin Iron tu.

Keletakkkk…. Masuk gear satu….zaaassssss…. stesen minyak dulu. Full tank tak sampai sploh hengget. Lopeh tu…. zassssss…..

Seronok botow…. Enjin Iron ni kasar, sampai dongar kuek bunyi valve dan push rod tu. Masuk gear cam nak ghabak bunyi eh. Tapi bilo lopeh an clutch… smooth yo poie eh. Tork kuek, kalau moncilok colah keto yang bodeghet tu, gear 3 pun masik sodap. Bodontum-dontum deh mongambow…. Tapi… kalau tomaleh bonar tukar gear tu…. bokolotak-kalatuk gak bunyi tepet enjin tu….. aduiii……

Maso tukar gear memang bunyi eh kuek. Tapi, tak ponah miss gear. Solid yo dio masuk tiap gear dari satu sampai onam. Bab ni, eden seronok sobab tak ponah dapek false free gear. Cumo, mulo-mulo tu nak free/neutral an gear agak susah. Tapi, awak dah merempet lobih 30 tahun, dah ponah dan beso plak pakai Kawasaki 2 lejang, masalah nak neutralkan gear ni masalah kocik yo. Lopeh duo tigo batu jalan, dah expert dah.

Eden tak do lah kategori an Iron 883 mutu yang power. Tapi kigho cam mutu sederhana yo lah. Tork memang besh, tapi enjin 883cc tu cam di tune untuk oghang yang nak bawak relek-relek yo. Dan eden memang goma setting yang cam tu. Tobaikkk….

Sitting position plak….. antara mutu yang besh ponah eden ghaso. Toghingat balik kek Miss Eli eden dulu. Ni kalau long distance, sotakat 10-20 jam memang tak do hal. Duduk memang soleso.

Handle bar plak… ala-ala café racer sket. Macam bongkok sket bilo polahan, tapi bilo dah laju, selesa juga. Yang tak tahan tu, handle bogogar kuek. Ado kek RPM totontu, cam nak kobeh tangan dibuek eh. Ni kok long distance, maun komatu tangan. Tapi yang heran, kaki dan punggung tak plak bogogar. Mulo-mulo tu yo, ghaso cam tak soleso terutama bilo nak nunggu trafik lait tukar dari meghah ko hijau. Ghaso cam anu nak naik kobeh sket….. muahahahaaaaa…..

Kek speed 80-90km/j, memang sodap moghayau-ghayau dongan Iron ni. 100km/j pun masih okay. Sampai kek satu straight, eden titik gear limo, bilo dah mongambow, masuk gear onam. Maso tu visor eden dah molokek kek muko. Ghaso eh dalam 150-160km/j. Iron ni meluru padu pado kolajuan tu. Adrenalin rush….. eden tak toghaso pun gogar, cuma sumo eh cam kilat kek koliling. Pergh…. Kojap yo la. Kang ghanap plak Iron ni… mampuih kok kono bayar. Tapi, cukup pueh hati sobab bleh gak dio bolaghi. Dongan Iron ni, tak payah laju bona pun…. Layan dan enjoy yo!

Tapi, yang eden tak boghapo goma, brek bolakang. Cam tak boghapo monggigit. Tak taulah kok masih baghu. Tapi, kalau dio monangkap sket laie, tontu lobih besh dan lobih konfiden bawak.
Handling secara keseluruhan, sodap. Sonang yo nak buek U turn. Cam bawak mutu 250cc yo. Heran, eden sangko an, mutu ni boghek cam bosi bughok, tapi dongan teknologi baghu ni, dah tak cam tu ghupo eh. Handling maso togak, maso kona, maso membrek, rasa can neutral yo…. Pandai… pandai… Harley Davidson ni……

Maso ni, dah sampai balik simpang ko NAZA World. Tros masuk dan park Iron tu bawah awning dopan pintu masuk utama ko showroom. Pergh…. Seronok dapek bercanda dengan the most prestigious bike in the world…

Lopeh ride eden tanyo la serba sodikit pasal kerektor enjin. Shamsul (salerperson) kata paling seronok kena tukar gear on time, jangan terlalu lamo drag, dan jangan pulak terlalu malas tukar gear.

Warranty plak, 5 tahun unlimited mileage. 2 tahun dari Harley Davidson dan 3 tahun lagi NAZA sondighi yang jamin. Sopanjang 5 tahun tu, kalau ado kerosakan yang bukan disobab an dek rider atau normal wear and tear, akan diganti oleh NAZA.

Sparepart pulak samado ori Harley Davidson atau recommended third party dan lain-lain.

Rege Iron OTR sekitar 93k. Rege tayar belakang 1k (Michelin Harley Davidson). Rim bolakang 16 inci dan rim dopan 19 inci.

Rege minyak itam RM55/liter (Iron guna dokek 4 liter, brand memang Harley Davidson). Insuran 2.7k. Road tax… ehhmm…. lupo.. kalau tak silap RM325.

Yang besh, belting untuk final drive tu leh tahan 150,000 km. Giler tahan. Tapi lupo plak nak tanya rege. Kalau ikut an Vulcan 500 punya rege, takkan kughang daghi RM1,500.

Lopeh belek sini dan belek sanun, eden ucap an timo kasih kek Shamsul dan blah balik opis.

Memang besh test Iron 883 ni. NAZA pun nampak professional bila allow test ride yang bersesuaian cam ni. Takkan test ride mutu berprestij cam ni buak kek dalam kawasan kilang yo….. memang tak glamour langsung kalau cam tu.

Aduiiii…. Nak kono usohokan Iron 883 ni park bawah porch umah eden…. He..he..he….


1 comment:

Unknown said...

Hoiiii.... handa... hahahaha...
Kono boghi +ve feedback ke NAZA tuh.... untong2... dapek pree sebijik..