09 November 2010

Wet Ride – Tanjung Piai (05/11/2010)


Wet Ride – Tanjung Piai (05/11/2010)

Cobaannnnnn. Maso merancang bukan main ghamai nak poie. Bilo maso eh sampai, familiar faces yo yang ado. Tapi nak buek camno, kito rancang….. tu yo yang kito mampu.

RV kek gerai makan sebolah Petronas Jalan Tampin. Kol 7.15pm eden sampai kek situ. Dah ramai ….  Ado yang tongah sarapan, jadi tunggu kojap.

Somontagho tu, Boboi koba Ego eh ado problem. Memang sah, auto clutch ado bunyi polik. Tapi taklah menggangu bona. Tapi eden ghisau gak, tapi tawakkal…………

Lopeh semuo setel, isik minyak dan………..

Zasssssssssssssssssssssssssss………… Route dah agree tapi eden soghah kek Tok Ketuo lead sobab dio yang pandai area Melako nanti.

Cuaca memang cun. Ride pepagi… perghhhh… nyaman. Semasing cam skima yo pagi ni. Tapi.. pagi la’ie… tu yang cam okay tu….. tengoklah bilo jumpo jalan clear nanti…. hahhhh…. adolah lah full throttle tuuu.

Sampai sobolun pokan Podeh, masuk kiri ikut jalan Kg Cuai. Sini kigho cam jalan alternativelah. Tak do apo-apo pun kek sini, tapi nyamanlah sobab jalan kampong.

Tak lamo… dah sampai Simpang Ampat. Ikut jalan ke Melaka lalu Alor Gajah. Tapi tak lamo lopeh tu masuk simpang kiri menghala ke Jasin. Perghhhh… jalan kek sini cun. Keto tak banyak, jalan okay, layannnnnnnnn…………

Jalan ni tak masuk Bandar Melaka. Tros jumpo simpang ko Muar. Eden tak sarapan pagi tadi. Poghut dan ghaso somacam dah ni. Tapi tak do pulak yang nak berenti sarapan. Aduhaiiiiiiiiiiiiii………..

Kol sopuloh lobih barulah ado tando-tando Tok Kotuo nak berenti. Totibo tonampak kodai makan sobolun pokan Muar. Tok Ketuo berenti diikuti oleh anak buah yang lain. Kek dalam restoran tu, susun tigo bijik mejo makan. Abih dah 15 worang, sah lah tigo bijik mejo baru cukup.

Bolasahhhhhhhhhh………. me bandung Muar. Besh wooooo.. Alhamdulillah. Toghang bijik mato. Kombain dongan teh tarik….. nyamannnn. Ado gak yang makan mee soto dan bebagai………….

Ari ni ado 9 biji mutu. 535, Atlantic, GTS 200, 3 bijik VTS 200, Elegan, 135LC dan Ego.  Dalam reramai tu Edzel, Hasni dan Boboi (Firdaus) ride solo (walaupun semasing dah bebini). Yang masih tak bebini, si BobCat dan Ajak, tapi diorang ride sesamo lah plak. Hongeh gak Atlantic tu nak bawak diorang niiii… muahahahaaaaaaaaaaa……..

Dalam kol 11.00am barulah mulo ride balik. Masuk pokan Muar dan hala ko Batu Pahat. Tapi toputus konvoilah pulak kek tongah Bandar Muar tu. Tunggu kojap untuk re-group. Maso ni cuaca dah mulo paneh. Bopoluh gaklah kek dalam…. heeeeeeeee……….

Dari sini jalan banyak keto. Tapi ado lorong mutu di hampir keseluruhan jalan. Tapi tak reliable sobab, ado banyak kapcai makan angin dan banyak keto kuar masyuk. Jadi hampir semua rider ikut lorong keto.

Ride kali ni memang banyak botow berenti kek pam minyak. Ni sobab Ego dah kasik bikin. Tedaghah minyak banyak sket. Paling jauh pun sekitar 80km mesti kene berhenti. Tapi besh gak. Tak do lah lolah bona mongojar skuter SYM yang laju tuuu…..

Sampai kek Batu Pahat ado sket konpius daaaa. Tak pasti simpang mano nak ambil. Lopeh tengok AGPS kek Backberry Tok Kotuo, baru konfem, ambik kanan menuju ko Pontian Kecil. Tapi totibo todongar azam zohor. Tros masyuk masjid, sembahyang Jumaat dulu. Somontagho tu kaum-kaum ibu tunggu kek bawah pokok. Nengok-nengok‘an kudo-kudo bosi tu biar tak disampuk oghang.

Sotakat ni, sumo kudo mongambow somacam yo. Tak do yang lotih, tak do gak yang tosoliuh buku lali. Si Ego pun masih okey. Bunyi bising kek auto clutch tu cam tu yo. Jadi, kosimpulan eh, dio tak botambah ghusak.

Maso mulo ride dari masjid, dah kol 2 lobih. Maso dah taim untuk makan tongahaghi dah ni tapi Tok Ketuo tak boghonti pun. Layan yo lah. Kek sini plak  kawasan tanah gambut. Jalan eh boghombak-ombak. Tambah keroncong poghut di buek eh. Sobar yo lah.

Sopanjang pojalanan meta 535 eden maintain sokitar 50/55/60 mph. Sumo nampak soleso pada kolajuan ni. Ego pun nampak boleh maintain. Jadi eden ghaso range tu memang sosuai lah tu untuk semua mutu yang ado.

Tak lamo… dah sampai Pontian. Jalan sket lagi dah hamper sampai Kukup tapi jumpo simpang Tanjung Piai dulu. Tros masuk simpang dan sampai kek resort sekitar 3.30pm. Maso sampai Jking sekeluarga dah ado nunggu.

Yang besh tu, mutu leh sampai kek tongah laut. Kali potamo mutu leh sampai tongah laut. Heeeee…. Dapek kunci tros masyuk bilik. Tok Kotuo koba kuar balik kol 4.30pm utk makan tongahaghi (or rather makan potang) kek restoren resort tu.

Makan potang sempoi yo. Nasi goring dgn air buah. Tapi sodap gilo nasi goring ari ni. Almaklumlah, poghut dan kobulor….makan plak tongah laut dongan angin yang nyaman…... he.. he… he…

Lopeh makan, rehat kojap. Sambil tu tros order makan malam dengan restoran resort tuh. Dalam kol 5.45pm, somuo kuar ride ko hujung tanjung nak tengok monument Southern Most Tip of Mainland Asia. Dari resort tu dalam 4-5km gak lah baru sampai. Kawasan tu adalah hutan simpan paya bakau. Ride santai waktu potang… beshhh. Sampai situ ambik gambar, tapi entrance dah tutup. Sib baik ado yang nak tolong. Dapek gaklah masuk sampai platform monument tu yang terletak digigi air Selat Melaka.

Sampai kek situ dah sonjo. Ambik gambar jangan citolah… cemacam posing ado. Kek situ ado model globe sotinggi lobih kughang 15 kaki. Boleh pusing-pusing lak tuh. Ado plak yang masuk dalam globe tu. Iskkk…. comacam ghagam budak-budak tuo ni…. soba yo lah.

Tapi yang paling besh…. sunset. Kobotulan plak sky texture ada sket baik. Eden tak lopeh peluang merakam natural event tu dengan A330 eden. Sib baik bawak. Kalau tak nyosal tak sudah. Lopeh sunset, semua eh jalan balik. Aduhaiiiii…. koghang missing the best part of it…. the after glow!

Eden koba kek Tok Kotua dan ajak di stay kojap laie. Sib baik dio sotuju, kalau tak sogham gak eden nak tunggu dgn gepren eden yo. Dan hasil eh…………. perghhhh…. memang pueh hati. Pemandangan after glow yang memang magnificent. Ni kalau sengajo nak dapek…. memang payah. Tapi kalau dapek camni, perghhhh…….. tak cukup jari nak tokan shutter A330 eden tuh.

Soda-soda… alamak dah golap beb. Copek-copek jalan balik kuar dari payo bakau tu.

Sampai kek luar sumo wornag dah ready nak balik. Sorry beb. Wa tak bleh tahan lah kalau tengok sunset after glow ni.

Diorang sumo tros keluar gi pokan Kukup. Eden dgn gepren balik bilik yo. Dah ponek. Tapi sobolun tu event manager dah posan, makan malam 9.30pm kek restoren resort tongah laut tuh.

Sampai kek bilik, gepren eden heboh sakit-sakit satu badan. Boh minyak angin pun tak kurang. Sampai miss makan malam. Sib baik si Boboi dan Uwan Kotua (gepren Tok Kotua = Uwan Kotua lah…. heeeeee…) anta nasik duo pinggan. Lopeh bolasah duo pinggan tu baghulah gepren eden logo sket. Leh lolap tido.

Eden sambung coghito kek mejo makan sambil minum kopi. Bilo yang lain belah, eden sambung dongan Tok Kotuo, ado coghito Laksamana Bentan plak kojap.

Boboi, To Ketua, Tuan Bendahari, Hasni dan BobCat Atlantic gi karaoke…. eden… ehmmm… sogho cam 535 mano leh dokek dongan mikrofon, jadi eden balik bilik.

Sampai kek blok 2 tu, tengok si Edzel dan Bob Panjang tongah ngail. Eden pun layanlah dioghang kojap. Banyak gak ikan naik ko daghek, tapi eden pandang yolah…sambil borak dan makan biskut ghokok…. muahahahaaaaaaaaa……. sampai kol 1.00am gaklah baghu eden masuk titon.

06/11/2010… alamak… termiss eden sun rise. Apo nak di kato. Lopeh mandi, Boboi kotuk pintu ajak sarapan. Sampai kek restoran tu, ado nasik goreng, mee goreng dan roti yo. Sosah lah duo tigo pinggan nasi goreng. Lapar wooo…….

Lopeh sarapan borak jap. Dokek kol soboleh baru balik bilik bokomeh untuk check-out.

Maso eden kuar, sumo dah kumpul. Ambil gambar dan check-out. Cuaca cerah. Paneh pun yo gak. Dah tongahari, poghut dah lapar balik. Harap-harap janganlah makan lewat potang lagiii….. heeeeee……..

Jadi, sobaik yo kuar dari Tanjung Piai, tros cari kedai makan. Jumpo kodai mamak kek Pontian, tros bolasah nasi sopinggan. Yang lain ado yang makan rojakla…. makan Maggie goring laaa…. makan rojak tak payah taugeh laaaaa………. iskkk.. cemacam ghagam poghut dioghang ni.

Lopeh makan, zasssssss……… route dah konfem. Ikut highway, tapi masuk kek mano haaa… eden pun tak berapa hengat. Yang eden ingat, 54km ke selatan R&R Pagoh.

Bilo masuk heway, ehmmmm… cam biasolah… moncanak semasing. Eden maleh nak ikut sobab mutu eden dah taraf klasik. Kang dibuek eh sakit tulang bolakng ko dio, sakit poghut ko dio, molecet tapak kaki ko dio…. paghah eden. Jadi, eden layan speed eden yo lah.

Sampai Pagoh R&R dioghang dah tunggu. Isik minyak sobab kobanyakan dah kureng petrol. Kek sini gak dioghang agree nak singgah Melaka untuk minam potang / makan malam. Sobaik yo sobolun betolak… hah tu dehhh… ujan bebbb. Lobek gilo. Sampai topakso masuk dalam Shell Station tu. Tapi bilo kitoghang masuk dalam, tauke Shell untung lah. Apo tak eh, ado yang kana aiskrim, ado yang kono teh tunkek ali, ado yang ghobuih Me In My Mug…….. tapi maso ni si Boboi dah jalan dulu sobab nak solo kek dopan. Sotongah jam gak lah baghu ujan tu ghodo.

Bilo ujan ghodo, baghu botolak. Tapi masih renyai. Janji kuar kek Jasin. Yang lain moncanak kek dopan dalam ujan tu. Eden ikut pace eden yo lah. Samapi kek exit Jasin, dioghang dan tunggu. Muahahahaaaaaaaa……….. gilo babas skuter-skuter ni…. lajuuuu.

Dari sini ado problem lak. Tak tahu nak ikut jalan mano. Sokali la’ie Tok Kotua guna AGPS dio. Sib baik ado nampak jalan dalam Strawberry tu…. ehhh… silap…. Blackberry. Layan jalan dalam nogoghi Molako plak lah. Jauh gak beb baru sampai Umbai, the ikan bakar town. Maso ni ujan dah berenti lamo, tapi awan masih berarak losu….

Baghu yo duduk kek mejo, tu dio, ujan mulo turun. Jadi, kitoghang pun pindahlan kek dalam. Gilo ko nak makan dalam ujan. Gulai asam podeh tu leh jadi hamba kang. Iskkkk…………..

Kek sini order sipud sumo……udang, pari dan sutun. Eden dok kek laluan makan tu sumo….. sobolun sampai kek oghang lain eden dah chikun duluuu…. tapi yang lain biaso yo… yang besh… pari masak asam podeh…. tokonang-konang.

Lopeh yo makan…. taim nak bayar lah pulak. Bendahari kigho punyo kigho, RM23 soghang. Lopeh makan tros zasssss…….. ikut jalan Alor Gajah. Hujan masih turun dan jalan basah. Tapi skuter totap moncanak. Tapi lon pun 50km dah boghonti kek petrol station. Eden isik minyak dan lopeh ni tak payah isik dah sampai SonangWang.

Kek sini dah set dah, last stop kek Layby Senawang. Bilo jalan balik, cam biaso, moncanak. Eden try lah follow bilo boleh. Jalan basah, ujan masih renyai. In between cars at 60mph…. phewwww… laju gak tuh. Somonjak dari umbai tadi eden ghisau pasal A330 eden yang eden gantung kek badan yo. Kalau lah tombuih air lalu baju ujan tu…. boleh nangis wooooooo……

Mauk yo heway, eden dah tak koso nak follow dioghang. Eden maintain yo sokitar 55mph. Sampai kek Layby SonangWang, yang lain dah sampai dulu. Lopeh ambil bag gepren eden dari mutu Hasni, we ride the last stretch for this ride.

Sobolun jalan, bersalam-salaman. Hasni dan Boboi masih ado 60km nak cover untuk sampai ke Serdang. Yang lelain tinggal 10-15km yo untuk sampai umah. Maso eden mulo jalan, yang lain dah losap dah. Maso eden kuar toll SonangWang, bayang dioghang pun eden tak nampak……. he.. he….

Eden sampai umah sekitar 10.40pm. Tengok meta pojalanan, 385 batu (+- 623km). Kalau ikut-ikut, ini bukan perjalan yang jauh. Spread over 2 days plak tuh. Tapi seronok.

Next ride… ehmmm… bolun tahu lagi. Gunung Jerai, Kota Bahru….. entahlah…. kita tengok dulu keadaan dan persetujuan ramai…….. mungkin yang lain pun turut ado cadangan…… tungguuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu………..

No comments: