Ride - Pekan - TWIN 2 DUO and a half - kenduri kahwin (01/06/2009)
Memang ramai cam nak ikut. Tapi bilo sampai maso, eden ngan Hasnul muncul. So, kito no poblemo.... duo pun duo lah.
9.30am start dari Senawang. Route yg kami pilih.... Seremban - Tampin - Kepis - Bahau - Muazzam - Paloh Inai - Rumah Pengantin - Pekan. Route balik... akan ditentukan bila dah sampai sanun nanti. Sobolun tu kono isik minyak dulu... full tank kek Shell Jalan Tampin.
Blade ngan Versys.... so koghang ingat camana ... mesti laju yo tak..... muahahahaaaa........
Jalan ke Tampin .. sempoi je. Main road, jadi keto dan lori dan bas banyak. Tapi masih ok. Sampai Tampin trus masuk jalan ke Kuala Pilah. Perjalanan lancar. Cuaca.. excellent. Maintain halaju kebangsaan.
Sampai simpang Kepis tros masuk kanan. Ingatkan nak enjoy jalan-jalan kampung ni. Tapi agak nyesal gak. Jalan tak berapa elok. Banyak lopak dan tampal sana sini. Keto dan lori dan bas... boleh tahan banyak walaupun jalan kampung. Sebab jalan kecik, susah nak potong. Ado sebijik bas tu tersalah identiti. Dio sangko dio tu keto lecing. Memotong tak kira tempat.... hampeh.
Sampai gak lah kat Bahau, tapi rasa agak penat. Berenti kat Petronas.... refreshing. Petrol... haaaa.... masih belum luak lagi.
Bertolak dari Petronas... masa ni cuaca dah terang tapi amat selesa. Tak berapa panas, dan tidak pula hujan. Tapi jalan dari Bahau ke Serting tu... ciiitt.... besar dan terbentang.... tapi tak rata. Sampai simpang empant Bandar Baru Serting.... kanan ke Muazzam.
Ini jalan lurus gilerrrr. Boleh pecut menggilo... tapi... heeeeeeee.... Blade dan Versysy maintain halaju kebangsaan+30% yo. Seronok lalu kawasan luas terbentang. Tenang jiwa dan perasaan. Jauh gak jalan bila Versys masuk station minyak utk kasi otot-otot relax sket. Bukan otot Versys tapi otot-otot rider dieeeeee............
Lepas ni, acara tukar motor. Eden bawak Versys dan Hasnul bawak Blade.
Pergh... jauh bona bezo Japan dan Korea ni. Dari segi performance, tak banyak beza tapi dari segi refine handling...... ehmmmm.... Versys ni rasa smooth and perfect. Walau pun tinggi, tapi masih siok melayan korner ke kiri da ke kanan. Beshhhhh.........
Sampai Paloh Inai masuk kanan. Jalan sini kecil sket tapi tak do keto. Dari sini dah mula sibuk carik rumah pengantin. Memang tak laju sebab asyik pandang kiri dan kanan. Akhir nya sampai jugak ........... Maso nak parking... risau teramat sebab atas bahu jalan berumput dgn tanah yg agak lembut. Lepas tu tros masuk dan bolasah kari daging ngan ikan masin.... perghhh... dah lamo bona tak makan nasi dan gulai kawah......... siookkkkk...........
Lepas perut kenyang dan sessi bergambar dgn pengantin, kami pun minta diri. Rider tukar moto memasing. Motor orang tak bleh bawak lelamo....... heeeeeeeee. Sebab dah dekat, kami setuju nak tros ke Pekan untuk melihat-liha bandar diraja Pahang tuh................ but to our surpriseeeee,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,
Mintak maap lah orang Pahang. Tapi Pekan ni rasanya ada potensi. Cuma yang agak sedih..... pekan ni tak terurus. Kat satu kawasan yg mungkin jadi tapak pasar malam, sampah bertaburan. Mungkin majlis daerah belumsempat bersihkan selepas pasal malam. Kami berhenti kat surau tengah bandar/pekan nak solat. Keadaan surau pun kelam kabut. Tandas pulak kotor dan air pun tak do. Iskkk... tak patut... ni kawasan Parlimen Datuk Najib ni kan? Issskkkk... iskkk... iskkk.... Lepas solat kami singgah di petrol station kat jalan menghala ke Rompin utk...... menyahut seruan alam.... heeeeee...... dan jugak bagi Blade dan Versysy minum..... dan haus bonar dioghang ni.
Lepas tu lepak jap kat tepi sugai sambil makan cendol dan rojak. Nyaman gak sambi ditiup angin sepoi tepi sungai tu. Bomangkuk-mangkuk gak cendol kami hirup.
Sekitar 5.15pm, kami setuju untuk ikut Rompin dan tros ke Muazzam untuk perjalanan balik. Sebaik sahaja bertolak, ternampak pula lokasi menarik di tepian pantai. Berhenti sekejap untuk bergambar. Cuaca maso ni memang ngam.
Pekan Pekan ni rasanya berpotensi untuk dimajukan. Persisiran pantai yang cantik juga. Lagi pun ditengah-tengah perjalanan ke Kuantan. Ada beberapa kawasan bersejarah berhampiran seperti rumah kelahiran Tun Razak. Secara peribadi, eden suka kawasan ni. Tapi, setakat ni nampak nya Pekan ni terbiar. Rugiiii.............. (bandar diraja NS pun lobih kughang gak... penuh dgn tahi lembu.... muahahahaaaaa)
Dari Pekan kami menuju ke Rompin. Perghhhh........... siok beb jalan nih. Jalan lebar dan bersih. Tar cantik. Kona.... pergh.... memang besh sobab nampak jauh ko dopan. Kona macam ular tongah cruising... bukan ular kon palu aaaaaa.............Keto plak tak banyak. Laluan pulak tepi pantai. Nikmat... nikmat... nikmat... Maintain halaju kebangsaan + 30%.... enjoy. Nilah salah satu jalan paling siok ponah eden lalui sopanjang bergiat ronda-ronda keliling Mesia. Kalau ado maso toluang, semestinya eden akan sampai lagi kesini..... kona-kona kek sini kalau sotakat nak cocah lutut... memang no poblemo.... kalau nak cocak tolingo sambil jamah pasir pantai pun boleh..... muahahahaaaaaaa.......... puassssssss.........
Bolun lamo enjoy.... dah sampai simpang Muazzam. Berenti kejap kek situ sobab tokak kering bona. Lopeh ni another beautiful stretch. Rompin - Muazzam. Maintain macho. Maso ni dah hampir sonjo.
Sampai Muazzam dan hampir gelap. Keto banyak tapi jalan clear. Maintain kenderan terlaju ateh jalan kecuali pada seekor Vios yang laju giler. Tapi dio sangkuted gak kek deretan keto yang banyak.
Sampai Bahau dah gelap dah. Berenti lagi kat Petronas, haus beb. Munngkin sobab siang tadi bolasah cendol sampai tak hingat. Dari Bahau menuju ke Kuala Pilah, ni dah kira peringkat bergasak dongan keto lori dan bas. Dari Pilah ke Seremban, another difficult stretch. Slow yo. Motor kocik mano bleh lelaju.
Sampai Sonangwang kol 9.15 malam. Masih terlalu awal. Lepak kedai makan sampai kol 11.20malam.... heeeeeeeeeeeee.....
Perjalan hari ni.... pergh..... memang enjoy dan puas hati. Kepada sesiapa yang tak ikut, memang rugi giler. Jumlah perjalanan 581.8km. Nanti bilo dah proses, eden akan hantor gambar ride ni...........
Next ride dah pun masuk dalam schedule. Tapi kali ni Roling yg arrange.
No comments:
Post a Comment