20 April 2016

Iron 883



Iron 883

Kalau dah namo eh rider, impian nak boli Harley Davidson totap ado. Eden pun cam tu yo. Yolah… mutu tu kigho mutu paling glemer la. Tengok ghoman eh pun dah gamam. Bosa, boghek, bokilat………. Tu yang kengkadang ghajin poie website Harley ni. Bukan apo, nak ngikut perkembangan terbaru.

Satu ari tu eden gi website. Ado plak section ngobaan bulih test ride. Tak do plak syarat yang polik-polik. Eden pun booking lah. Dapek ari Komeih 14/04/2016 kol 10.30 pagi. Pergh… tarikh pun cun tu.

Hari Komeih tu, nak buek coghito, eden dongan somangat bokobar-kobar nak poie test ride. Sampai yo kek skuter eden, laaa…. Tayar pancit plak. Oghang dah bohiyo-hiyo, maso tu lah pulak mutu nak buek ghagam.

Sib baik ado sket laie angin eh. Dapek la ride slow-slow ko kodai mutu. Tapi popagi tu mano ado kodai bukak. Sampai kek satu kodai mutu tak jauh daghi umah, jumpo tokeh eh yang baghu nak bukak pintu. Dio koba “Tunggu jap Bang, nak gi minum….”

Dah kodai lon bukak, nak buek camno? Eden pun duduk lah kek kodai Mamak pokono teh tarik dongan ghuti canai. Kol 9.40am baghu kodai tu bukak. Eden topakso tukar tayar sobab dah licin dan bungo makan tongah. Tukar air valve kali sobab valve ori tu dah macam tak cun.

Pukul sopuloh lobih baghu eden gerak ko PJ. Eden mesej mereka, koba eden sampai 11.30am. Dongan tayar baghu, skuter eden jadi sodap plak bawak. Smooth dan tak molenggok-lenggok cam sobolun ni. Sampai PJ, satu laie hal. Eden tak ponah poie NAZA World ni. Sosek baghek dibuek eh. Tapi sampai gak lah. Tapi sekso la torutamo kek jalan mutu kek Federal Highway tu. Jalan sompit dan tak rata. Dalam terowong lampu tak toghang….. pergh…. kalau kono kek HSE team, maun bolambak NCR kuar…

Sampai NAZA, jumpo satu salesperson. Eden citolah eden datang nak test ride. Dio ambik lessen dan eden isi borang. Lopeh tu tu di bogi eh kunci Iron 883. Bukan kunci pun tapi cam remote keto, system penggera Iron tu. Masuk an dalam poket, ON kan swis engine…. Start….

Besh bunyi Iron tu, bodontum lombut. Ekzos standard beb. Salesperson tu koba tak payah pakai helmet. Haaaaa…… mano bulih. Dio koba, tak po, dalam kompoun NAZA World yo.

Aduiiii…. Takkan nak bawak Iron 883cc kek laman yo. Apo nak dikato, mutu oghang kan. Diboghi eh cubo dah kigho baik. Eden pun pusing-pusing lah kek koliling bangunan tu. Ehmm…. Tak do apo nak komen la. Yg dapek donga bunyi valve enjin Iron tu, bokoteter. Lopeh tu bunyi maso masuk gear, bokolatuk. Lopeh tigo ompek pusingan, lotak balik Iron tu kek bawah owning.

Eden bughak-bubhak dongan Mamat tu kojap. Dio bagi quotation. Pergh…. Ghogo eh OTR 93K…. mano nak cokau an duit nih…… muahahaha….

Eden pun blah. Tapi Nampak plak seksyen NAZA Primera, jual skuter Vespa Piaggio. Eden masuklah. Salesperson kek sini lobih ghajin bocoloteh. Seronok eden layan. Dapek sket ilmu pasal Vespa baghu model-model LX, Primavera dan lelain. Dioghang explain sket bab teknikal skut Jerman ni. Memang unik. Tapi bilo tengok rege, pergh…. Sayu ghaso eh. Part pun mahal. Belt sampai dua ratus lebih.

Kol 1pm baghu eden blah.
Nak jadi an coghito, hari Jumaat eden toghimo email dari Harley Davidson. Dio ucap tahniah sobab eden dah test ride. Dio suruh eden coghito sket pasal pongalaman eden test ride. Ehmmmm…. Eden pon apo lai. Kuarlah tajuk bosa…. Not Satisfied… muahahaha…..

Coghito jadi tambah panjang bilo ari Senin eden toghimo call dari Harley KL. Dio mintak eden datang ari Selasa 11.00am untuk test ride sokali laie. Adui….. eden ON yo.

Ni coghito ari Solasa plak….

Eden sampai NAZA kol 11am topat. Masuk yo pinto showroom, ado orang togur eden…. En Hashim ye… Alamak, salah orang ke? Eden koba namo eden Hisham. Dio konfem balik, tanyo eden datang nak test ride kan? Bos eh suruh bawak eden test ride koluar. Pergh… seronok ado, banggo pun ado….. disambut cam tu.

Cam biaso, dio ambik lessen. Tapi hari ni eden kono sain boring gerenti, kalau eden ghusak an mutu tu, eden kono bayar. What the hell…. Ko ingat sonang nak dapek ride Iron 883…..FREE….. Sainnnnnnnn….

Cam ari Komeih gak. Dio bagi eden remote tapi kali ni dio bogi road tax kali. Eden simpan dalam poket…… ON swis enjin dan tokan butang start….. pedup… pedup… pedup… bunyi enjin Iron tu.

Keletakkkk…. Masuk gear satu….zaaassssss…. stesen minyak dulu. Full tank tak sampai sploh hengget. Lopeh tu…. zassssss…..

Seronok botow…. Enjin Iron ni kasar, sampai dongar kuek bunyi valve dan push rod tu. Masuk gear cam nak ghabak bunyi eh. Tapi bilo lopeh an clutch… smooth yo poie eh. Tork kuek, kalau moncilok colah keto yang bodeghet tu, gear 3 pun masik sodap. Bodontum-dontum deh mongambow…. Tapi… kalau tomaleh bonar tukar gear tu…. bokolotak-kalatuk gak bunyi tepet enjin tu….. aduiii……

Maso tukar gear memang bunyi eh kuek. Tapi, tak ponah miss gear. Solid yo dio masuk tiap gear dari satu sampai onam. Bab ni, eden seronok sobab tak ponah dapek false free gear. Cumo, mulo-mulo tu nak free/neutral an gear agak susah. Tapi, awak dah merempet lobih 30 tahun, dah ponah dan beso plak pakai Kawasaki 2 lejang, masalah nak neutralkan gear ni masalah kocik yo. Lopeh duo tigo batu jalan, dah expert dah.

Eden tak do lah kategori an Iron 883 mutu yang power. Tapi kigho cam mutu sederhana yo lah. Tork memang besh, tapi enjin 883cc tu cam di tune untuk oghang yang nak bawak relek-relek yo. Dan eden memang goma setting yang cam tu. Tobaikkk….

Sitting position plak….. antara mutu yang besh ponah eden ghaso. Toghingat balik kek Miss Eli eden dulu. Ni kalau long distance, sotakat 10-20 jam memang tak do hal. Duduk memang soleso.

Handle bar plak… ala-ala café racer sket. Macam bongkok sket bilo polahan, tapi bilo dah laju, selesa juga. Yang tak tahan tu, handle bogogar kuek. Ado kek RPM totontu, cam nak kobeh tangan dibuek eh. Ni kok long distance, maun komatu tangan. Tapi yang heran, kaki dan punggung tak plak bogogar. Mulo-mulo tu yo, ghaso cam tak soleso terutama bilo nak nunggu trafik lait tukar dari meghah ko hijau. Ghaso cam anu nak naik kobeh sket….. muahahahaaaaa…..

Kek speed 80-90km/j, memang sodap moghayau-ghayau dongan Iron ni. 100km/j pun masih okay. Sampai kek satu straight, eden titik gear limo, bilo dah mongambow, masuk gear onam. Maso tu visor eden dah molokek kek muko. Ghaso eh dalam 150-160km/j. Iron ni meluru padu pado kolajuan tu. Adrenalin rush….. eden tak toghaso pun gogar, cuma sumo eh cam kilat kek koliling. Pergh…. Kojap yo la. Kang ghanap plak Iron ni… mampuih kok kono bayar. Tapi, cukup pueh hati sobab bleh gak dio bolaghi. Dongan Iron ni, tak payah laju bona pun…. Layan dan enjoy yo!

Tapi, yang eden tak boghapo goma, brek bolakang. Cam tak boghapo monggigit. Tak taulah kok masih baghu. Tapi, kalau dio monangkap sket laie, tontu lobih besh dan lobih konfiden bawak.
Handling secara keseluruhan, sodap. Sonang yo nak buek U turn. Cam bawak mutu 250cc yo. Heran, eden sangko an, mutu ni boghek cam bosi bughok, tapi dongan teknologi baghu ni, dah tak cam tu ghupo eh. Handling maso togak, maso kona, maso membrek, rasa can neutral yo…. Pandai… pandai… Harley Davidson ni……

Maso ni, dah sampai balik simpang ko NAZA World. Tros masuk dan park Iron tu bawah awning dopan pintu masuk utama ko showroom. Pergh…. Seronok dapek bercanda dengan the most prestigious bike in the world…

Lopeh ride eden tanyo la serba sodikit pasal kerektor enjin. Shamsul (salerperson) kata paling seronok kena tukar gear on time, jangan terlalu lamo drag, dan jangan pulak terlalu malas tukar gear.

Warranty plak, 5 tahun unlimited mileage. 2 tahun dari Harley Davidson dan 3 tahun lagi NAZA sondighi yang jamin. Sopanjang 5 tahun tu, kalau ado kerosakan yang bukan disobab an dek rider atau normal wear and tear, akan diganti oleh NAZA.

Sparepart pulak samado ori Harley Davidson atau recommended third party dan lain-lain.

Rege Iron OTR sekitar 93k. Rege tayar belakang 1k (Michelin Harley Davidson). Rim bolakang 16 inci dan rim dopan 19 inci.

Rege minyak itam RM55/liter (Iron guna dokek 4 liter, brand memang Harley Davidson). Insuran 2.7k. Road tax… ehhmm…. lupo.. kalau tak silap RM325.

Yang besh, belting untuk final drive tu leh tahan 150,000 km. Giler tahan. Tapi lupo plak nak tanya rege. Kalau ikut an Vulcan 500 punya rege, takkan kughang daghi RM1,500.

Lopeh belek sini dan belek sanun, eden ucap an timo kasih kek Shamsul dan blah balik opis.

Memang besh test Iron 883 ni. NAZA pun nampak professional bila allow test ride yang bersesuaian cam ni. Takkan test ride mutu berprestij cam ni buak kek dalam kawasan kilang yo….. memang tak glamour langsung kalau cam tu.

Aduiiii…. Nak kono usohokan Iron 883 ni park bawah porch umah eden…. He..he..he….


13 December 2015

Mega Ride 2015 - Gunung Jerai



Jerai Ride (28-29/11/2015)
Pemandangan Dari Puncak Gunung Jerai

Dah lamo botow tak ride. Nak nulih pun dah tak ghoti ha. Aduiii….. hantam yo lah….

Persediaan…..… ni ride paling susahlah persodiaan eh. Ponek botow, mutu tak siap sampai tarikh ride. Tompi, pilihan terakhir totap ado. Kok tak do mutu ari tu….. jawab eh, naik Shogun Axelo la eden dongan gepren….

Saghi sobolun ride, Jumaat, baru dapek mutu. Tu pun mutu pinjam dari kodai. Mutu yang eden sopatut eh bawak tak siap. Perghhh…. 3 bulan beb bosiap sodio…. Last-last dapek bawak mutu Yamaha FZ150 yang dah nak barai……

Sabtu (28/11/2015)
Eden tojago kol 5.45am. Nak buek cam no. Janji nak rv kek R&R Seremban pukul 6.00am. Ghonti an laaaa…… Siaplah mano yang patut. Kol 6.00am Hail call. Di koba dah sampai kek Shell sobolun toll Senawang. Eden tak dapek nak kobaan… eden suruh yo dio jalan dulu ko R&R Seremban.

Bilo dah siap, FZ plak tak bleh start. Lampu ignition tak nyalo pun. Lopeh dokek 10 menet moncubo, baghu nyalo lampu ignition. Start enjin tros jalan.

Ride kali ni lain sket sobab eden poie satu family. Eden & gepren (Rose) naik Yamaha FZ150 dan anak-anak dan monantu eden naik keto Viva (Viva Riders). Bojimpitlah dioghang dalam keto comel lote tu….. Tapi eden tak risau bona sobab keto tu baghu laie. Enjin, Insyal allah tak do hal. Viva Rider eden dah suruh jalan tros hala utara. Tak perlu ikut rider.

Sobab ado keto yang follow, eden lempar yo baghang-baghang dan beg eden dalam keto. Tak dolah mutu FZ tu ghoman mutu pelarian…..

Sempat sarapan kat sini
Sampai R&R Seremban lobih kughang pukul 7.00am. Roling&Mai (GTS200), Bobe (Atlantic 500) dan Hail&Ain (Vulcan 1700 @ Vulcan 17) sodang minam. Eden tak mati an enjin pun sobab takut tak boleh start. Tros ko Shell isik minyak. Lopeh tu tros jalan. Ado 500km nak ride nih….

Cuaca agak coghah. GTS200, Atlantic 500 dan Vulcan 17 tu, laju yo poie eh kek dopan. Susah FZ nak kojar. Totibo eden nampak dioghang boghonti topi heway. Ghupo eh GTS putuih belting. Adui… baghu 15 menet jalan. Tak do pilihan, tolaklah sampai Bandar Baru Bangi.

Sampai kek kodai mutu seksyen 1 dalam pukul 7.45am. Kodai lon bukak laie wei….. Sompek lepak, minam dan bughak….. kodai lon yo bukak. Totibo Nampak kodai kek Shell tu dah bukak, tros poie situ dan tukar belt GTS.

11.00am baghu siap dan mulo ride balik. Gilo, lewat wei… patut eh maso tu dah sampai Ipoh. Jumpo Erie dan kawan eh (duo-duo Sym Symphony 250i) kek Petronas lopeh Plaza Toll Sg Besi.

Kuda-kuda besi (FZ tak nampak)
Sobab dah lambek bona, somua sotuju yang sogalo perancangan maso dalam pojalanan topakso di kensel. Sekarang kono konsentret untuk sampai kaki Gunung Jerai sobolun golap. Jadi, ride…….

Masuk Jalan Istana, jem pulak. Aduiii……Bilo dah masuk Plus Highway, baghu boleh laju. Tapi totap topakso cilok gak colah keto sobab hari Sabtu memang banyak keto yang halo koluar daghi KL.

Sampai Behrang baghu boghonti. Eden isik minyak sobab dah kughang bona. Gepren eden komplen ponek sobab seat FZ tu seat eh kocik dan footpeg bogogar kuek. Lopeh rehat kojap, tros ride balik. Maso ni Viva dah sampai Ipoh. Eden suruh mereka boghonti kek R&R todokek sobab dah tongahaghi.

Dari Behrang, keadaan jem tambah toghok. Tak bulih nak laju bona. Nasib baik FZ tu haluih, sonang sket nak cilok. Maso ni Vulcan 17, GTS dan Symphony tingga bolakang. Cuaca cun, tapi keto yang banyak tu buek an kito copek ponek. Sosokali topakso membrek emergensi sobab ado keto suko hati yo tukar haluan. Lamo botow ghaso eh ride dari Behrang sampai R&R Sungai Perak.

Sampai R&R Sungai Perak dalam kol 2.00pm. Maso sampai team Viva Rider dah lamo tunggu. Eden caghik air sobab haus bona ghaso eh. Tompi tak larat nak makan. Mungkin sobab ponek dan tension dongan jem sopanjang jalan. Solang 15 minit Vulcan 17, GTS dan Symphony sampai.

Rehatlah kojap, makan tongahaghi dan apo-apo yang patut….

Maso boghonti kek R&R Sungai Perak, eden check minyak itam FZ. Woooowwww….. kering! Kek hujung dipstick pun tak do kosan minyak. Patutlah bunyi eh lain macam. Jadi, sobolun jalan balik eden isik petrol dan isik minyak itam kali. Tu yang eden lambek sket. Yang lain dah bodosup kek dopan, eden masih bosusah-payah ngisik minyak itam. Maso tu dah dokek pukul 3.30pm.

Bilo eden jalan, yang lain dah ilang. Masalah lain plak timbul. Badan eden ponek somacam yo. Tak larat, eden berhenti kek Hentian Sebelah Bukit Gantang. Bilo turun mutu, ghaso cam nak tumbang. Eden rehatlah kojap. Basuh muko dan tros solat asar. Minta doa banyak-banyak moga Allah Taala bagi kekuatan!

Maso eden mulo ride balik, dah hamper 4.30pm. Eden ado 180km laie untuk sampai Tol Gurun. Congak punyo congak, eden agak-agak bulih sampai sekitar 6.45pm. Kok nak sampai time tu, eden kono konsisten kughang-kughang pada kelajuan 90km/j. Untuk lobih soleso, eden ride konsisten, soghang, sekitar 100km/j. Eden tak berani nak push lobih-lobih. Kang kok bungkam FZ tu…… laie susah!

Badan masih ponek, tapi kuek an somangat. Keto banyak tapi tak do masalah ride 100km/h. Sampai sempadan Buttorworth, tu dia wei…… hujan. Pakai baju ujan dan ride balik. Alhamdulillah…. Ini memang botow ujan rahmat. Badan mulo dapek power from the nature. Eden tak banyak soal dah, zaassssss…….

Sekitar, Juru, sekali lagi jem. Eden try la mano yang bulih untuk maintain crusing speed. Dari sini ghaso eh lambek botow nak abihkan jarrah sekitar 60km ke Tol Gurun. Keadaan jalan pulak basah dan kadang-kadang hujan renyai. Sekali-sekali lebat. FZ tu masih bertahan dan tiada apa-apa yang menunjukkan ia botambah tenat. Gepren eden kek bolakang plak, asyik beralih duduk. Kojap kokighi, kojap kokanan. FZ tu bogogar kuek, tu yang copek komatu tuuuu.

Akhir eh sampai jugak kek Toll Gurun. Lopeh exit eden berhenti dan call Roling. Maso tu dah kol 6.45pm. Yang lain dah pun panjek laluan Gunung Jerai. Roling koba dio dah 3km perjalanan ko puncak Gunung Jerai. Sobab dah dokek sonjo, sogham plak bulu tongkuk eden nak panjek sengsoghang. Jadi eden mintak Roling tunggu kek topi jalan.

Dari Toll Gurun, simpang Gunung Jerai dah tak jauh. Kejap je dah sampai.
Gerbang masuk ke resort

Sobolun panjek jalan sempit ke puncak Gunung Jerai tu, hati eden risau. Dapek ko FZ ni sampai ateh?

Tapi, lepas dua atau tigo km, eden lobih konfiden. Clutch gigit cantic, fuel injection FZ tu pun supply minyak cun. Smooth yo panjek jalan yang kadang-kadang cugham botow. Kona patah siku komain banyak. FZ soleso kek gear 1, 2 dan 3 yo. Tak lamo lopeh tu jumpo Roling dongan Mai sodang tunggu eden topi jalan. Legaaaaaaa…..

Dari situ ado 7km laie nak panjek. GTS memang takdo masalahlah. FZ pun, Alhamdulillah, steady. Tapi kono hati-hati sobab selekoh patah kek situ memang patah siku botow. Tambahan pulak, kadang-kadang ado keto datang daghi dopan. Keadaan pulak botambah golap. Tapi, lampu FZ kigho toghang gaklah. Tak do masalah nak ride dalam golap. Sosokali jumpo kabuih, cam kek luar nogagho plak ghaso eh.

Samapi kek puncak, yang lain dah pun check-in. Sumo kudo bosi di berikan parking khas kek dopan sobuah dewan serbaguna. Besh sobab, koghing dan toghang. Tak dolah ghisau nak ningga an kudo bosi, terutamo si Vulcan 17 yang maha sokombut ghogo eh tu.

Pemandangan dari puncak Gunung Jerai
Lopeh dapek kunci, tros poie bilik semasing. Tompi, sumo onam bilik sobaghih yo. Kitoghang dapek bilik kek legheng bukit. Pemandangan dari sini memang cun. Nampak sawah padi kek kaki bukit dan nampak Pulau Dayang Bunting, Langkawi. Tapi malam tu tak Nampak apo sobab kabuih toba.

Masuk yo bilik, biasolah, landing dulu. Ponek oooo. Umur dah nak masuk 5 series ni, stamina dah kughang. Lopeh ilang ponek sket, tros mandi. Pergh…. dapek mandi air paneh…… sodap botow ghaso eh bodan. Cegak balik mato.

Kol 9.00pm kuar poie kafe kek tompek check-in tadi. Makan malam, Roling sponsor. Tompi gepren eden pun ado sponsor, kek sempena ride Gunung Jerai dan sempena harijadi Roling yang akan sampai pada tongah malam, sobab besday dio 29 November.

Kek kafe, makanan lambek la sampai. Sobab maso yang samo gak ado big boss resort tu pun sambut besday. Tompi yang best eh, dio pun hulor kek besday dio kek kami. Dapek la ngaso cheese kek kali. Pihak kafe pun ado sodokah kek dan lopeh tu kumpulan buskers yang buek persembahan, nyanyi an lagu heppy besday untuk Roling. Kigho moghiah lah besday Roling tahun ni.

Kabus waktu malam
Lopeh makan, sembang, bughak relek, balik ko bilik. Tompi kek luar bilik sompek sambung bughak sampai tongah malam. Lopeh tu baghulah masuk bilik. Titun…. pergh.. besh wo udara gunungggg….. Sodar-sodar dah pukul 7.00pagi.

Ahad (29/11/2015)
Maso eden gi sarapan dengan gepren dan family, dah dokek 9.30am. Maso eden asyik bolasah sarapan, yang lain gi meronda sekitar puncak Gunung Jerai tu. Eden tak laratlah. Ponek semalam pun bolun ilang. Kojap laie dah nak ride balik pulak.

Pagi yang indah
Walaupun tak do menu istimewa maso sarapan, tapi syok gak lah sarapan ateh puncak gunung. Lopeh sarapan relek jap. Lopeh tu tros siap untuk ride balik.



Sobolun goghak, cam biasolah, bogambar sakan.

Resort

Ride turun bukan mudah. Jalan curam dan masih basah. Risau gak tapi FZ tu stabil untuk layan selekoh-selekoh tajam tu. Sampai kek satu selekoh, totibo eden tengok sumo eh boghonti. Atlantic mongajuk. Dio tak ondak balik. Agak eh dio jumpo Puteri Gunung Jerai malam tadi tuuuu. Brek eh krem, tu yang si Bobe topakso pakai brek kakiiii………. Tapi taklah isu bosa bonar.
Lepas acara brek kaki....

Tros turun dan berhenti kek sebuah gerai makan. Cadangan nak minam yo, tp sobab lauk dah masak, nasi plak boghasap paneh, apo laie….. makan nasik laaaa….. dah jadi makan tongahari plak dah.

Lopeh makan….zassss…. Eden suruh Viva Rider jalan dulu sobab mereka mesti sangkut nanti kek Juru, Ipoh dan KL. Mereka takkan ikut route makan mee udang yang riders akan ikut.

Lopeh makan, tros ride tapi singgah kodai ejen Sym sebab nak repair brek Atlantic. Tapi tokey kodai koba, tak payah buek apo-apo sobab memang normal brek kengkadang jem maso nurun bukit.

Perjalanan balik ni eden ado misi tersendiri. FZ nyor clutch system dah bunyi cam nak barai maso idling. Sib baik maso jalan dio sonyap. Tapi eden tak konfiden nak ride laju. Jadi, eden koba kek dioghang, kalau nak laju bleh jalan dulu. Eden maintain 90-100km/h yo. Eden mesti bawak FZ tu sampai umah. Kok ghosak tongah heway, tak bebaloi. Destinasi lopeh tu, Kuala Sepetang aka Port Weld. Mee udang wei…..

Bolun jauh jalan, dah kono ujan. Eden dan yang lain pakai baju ujan tapi Roling dan gepren eh, relak yo. Ghodah ujan dongan riding suite yo. Handa…. Water prop……..

Tak jauh dr Tepen, Symphony dan Vulcan 17 dah bodosup dulu. Sampai exit Tepen Utara, sumo eh dah ilang. Eden ngan Sym 200 yo tingga. Kitorang ambik keputusan kuar kek situ. Roling bukak Waze untuk cari jalan.

Memang ado jumpo dalam database Waze. Tompi jalan yang siruruh ikut tu gilo suspen sobab lalu dalam estet. Siap jumpo kuil bosa laie. Lalu bawah heway, nyobonghang sungai, cam Camel Trophy! Sogham gak tongkuk eden tapi Roling cam tau yo jalan tu. Eden ikut yo lah.

Kojap yo dah sampai jalan bosa Kuala Sepetang. Pergh gilo short cut. Roling koba dio dah ponah ikut route tu dulu. Patutlah dio konfiden yo.

Sampai kek Mee Udang Mak Mah kok tak silap eden. Ordalah cam biaso, tapi eden haus, tros carik air kelapo. Abih sebijik, dah konyang. Mee udang pun eden tak makan. Eden sosah udang eh yo. Kigho cam makan udang soup yo lah.

Bunga di puncak Gunug Jerai
Lopeh makan, tros ride balik. Isik minyak kek Tepen, dan zasssss…… heway…. Dari sini Vulcan 17 masuk gear onam. Janji nak berhenti kek Tapah untuk isik minyak dan berkumpul akhir kek Sg Buluh sobolun bopocah dengan Eri dan kawan eh.

Keadaan dah mulo golap. Keto pulak banyak. Tak lamo lopeh tu, kono ujan laie. Lobek wooo….. stretch tu tak do tompek selamat dah berhenti pakai baju ujan. Bilo ado emergency lay by, berhenti untuk pakai baju ujan tapi maso tu dah basah kuyup.

Dari sini, makin susah ride sobab golap dan keto makin banyak. Eden maintain crusing speed dan Vulcan 17 ilang kek dopan. Sampai Tapah berhenti isik minyak dan rehat sobab sojuk. Maso tu Vulcan 17 dah sampai Sungai Buloh. Viva riders pun ado kek Tapah. Sompek jumpo mereka sekejap dan bilo dah solosai minam, suruh merek jalan dulu. Eden sompek lolap an mato kojap kek bawah awning kodai sobolah parking mutu. Lopeh ilang ponek, jalan balik. Symphony 250 dan Sym 200 plak ilang kek dopan.

Eden berhenti kek satu tompek rehat motorsikal sobab nak lughuih an pinggang. Golap, tompek eh cun tapi lampu tak nyalo. Bobe pun berhenti tapi eden suruh dio jalan dulu. Dah tuo-tuo ni, stamina dah kureng. Lopeh dari sini, berhenti sekali lagi kek satu exit yang eden tak ingat namo eh. Sunyi wo kek situ, sogham. Mungkin sobab sojuk, gepren eden nak gi tandas. Maso yang samo eden cek minyak itam FZ. Kurang banyak. Tambah minyak itam bawah suluhan lampu jalan kek exit tu.

Lopeh gi tandas dan isik minyak itam, pusing balik masuk heway dan sambung ride. Maso ni eden solo. Maintain 90-100km/h dan mula perhati enjin FZ yang rasa macam semakin parah. Maso yang samo topakso bogolut dengan kereta yang berderet-deret. Nasib baik juga lampu FZ ni terang. Dapat gak gunakan emergency lane tu dengan agak selamat.

Lamo botow ghaso eh nak sampai Hentian Sebelah Sungai Buluh. Bilo eden sampai, Roling, Bobe dan the two 250’s dah ado kek situ. Erie dongan kawan eh siap sompek buek taik mato laie. Memalam tu ghaso poghut lapar plak. Tengok plak kek kaunter kodai makan tu mi goring baru masak. Pergh…. Sopinggan eden order dan share dongan gepren eden. Dio koba, ghaso mee goring ori. Sodap gak, sambil kono teh tarik satu mug.

Lopeh isik poghut, kojut an si Erie dan kawan eh. Nak mulo an ride, the last stretch. Eden ghaso ado dalam 120km laie nak sampai umah.

Ride dari sini dah kigho boring la sobab jalan ni dah biaso bona lalu. Sumo eh keluar kek toll Jalan Duta. Ambik ke pusat bandar dan tros sampai ke Jalan Istana.

Eden tak boghapo ingat Erie dan kawan eh bopocah kek mano. Tak lamo lopeh tu dah masuk Jalan Sungai Bosi. Memalam dah tak larat nak laju. Minyak pulak memang cukup sampai umah. Jadi, layan yo lah!

Sampai toll Seremban – Labu, Roling dongan Bobe plak keluar. Tingga eden soghang ngalo ko Sonawang.

FZ masih okay, badan yo dah ponek bona. Gepren eden pun dah ponek gak tuh. Mungkin lolap kek bolakang.

Akhir eh, nampak Tol Sonawang, tros keluar. Lobih kurang 2.59am, 30/11/2015, eden mati an enjin FZ kek bawah porch umah eden. Alhamdulillah, manage to bring her home safely!

Maso ni, Viva Riders bolun sampai. Pukul 3.30am baghu diorang sampai.

Selesai Mega Ride 2015. Kalau ada rezeki, ada kesihatan, Insyallah, kami akan ride lagi!
Jumlah batuan perjalanan
#megaride #gunungjerai #jalan-jalan #S2riders #minyakmurah #konvoi